Tuesday, November 29, 2016

dilema

Assalammualaikum..

dilema bermula bila parent kau sibuk suruh kau kahwin api kau masih belum bersedia..

hmmm...

masih banyak benda yang aku mau buat selain daripada kahwin.. tapi sebenarnya inilah yang mama risau.. bila anak dia sudah hilang keinginan untuk berkahwin ..

entah kenapa..

aku masih belum bersedia untuk menjadi seorang isteri apabila melihat keadaan sekeliling dan juga pengalaman orang lain.. aku belum bersedia untuk berpenat lelah demi seorang lelaki..walaupun aku tahu itu sebenarnya tiket ke syurga bila sudah bergelar seorang isteri..

yang paling aku fikirkan adalah bila aku takut bila tanggungjawab itu sepenuhnya dipikul oleh bahuku.. ya untuk menjadi perempuan zaman sekarang, hati kena sado..

memanglah kata orang, ala kalau tak kerja pun tak apa..tapi bagi aku duit sendiri itu penting.. kalaulah aku ditinggalkan, aku taklah terkontang kanting menjadi tempat bergantung.. aku boleh spend duit aku untuk apa saja.. dan aku boleh bantu serba sedikit perbelanjaan rumah (bukan sepenuhnya)

tapi kata mama,

"bila kau dah miliki semua, kerja, rumah, kereta sendiri kau akan rasa kau boleh hidup tanpa lelaki dan kau tak mahu kahwin."

aku bukan hilang keinginan mau kahwin, tapi belum bersedia untuk hidup berkeluarga.. aku masih mencari diri aku.. aku masih ada benda yang aku mau buat di mana aku tahu lepas kahwin amat musttahil aku lakukan semua itu..

aku harap mereka boleh faham.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: