Tuesday, May 31, 2016

Interview MAC MARA 2016 (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

Assalammualaikum,

Baru ada masa mau update pasal temuduga hari tu.. Aku sampai penang ja sudah jam 4 petang lebih.. lepas tu aku pun carilah teksi dekat situ.. Oleh kerana tak mahu menyusahkan kawan-kawan yang berada di penang, aku ambil keputusan untuk sewa teksi ja.. Then tambang teksi dari airport- Bukit jawi golf resort RM126.30.. aku telan air liur dan relakan saja duit tu.. untuk interview kan.. hehehe..

then malam tu tiba-tiba member aku call kata dia pun dapat interview and otw datang ke sungai jawi.. nasib baik member aku ni datang.. sebab kalau dia tak datang memang aku bergantung pada teksi ja la hari tu.. member aku asyik cakap, "aku tak dapat bayangkan wei kalau aku tak datang.. macam mana kau nak makan? macam mana kau nak tukar baju."

sebab kebetulan pada minggu aku interview tu ILKM ada kursus dan kafe dia memang prepare makanan untuk orang-orang kursus ja..

So, untuk interview ni ada 4 stages which is,

1) fitness test
2) microteaching
3) group interview
4) psychometric test

FITNESS TEST

untuk fitness test ni aku taklah berharap aku akan buat banyak stage untuk bleep test ni..sebabnya aku sendiri tak berapa sihat dan tak sempat untuk work out sebelum pergi interview.. aku dapat buat sampai stage 3 ja.. lepas tu kami ada buat SEGAK.. hahaha.. ni khas untuk pendidikan jasmani dan kesihatan ja.. untuk subjek lain buat bleep test ja..


MICROTEACHING

yang ni lagi lawak.. aku dah prepare 2 RPH which pendidikan kesihatan, dan pendidikan jasmani.. tapi bila aku baca balik dalam surat tu dia nak pengajaran berasaskan bilik darjah.. so aku pun pergi tinggalkan RPH aku yang Pendidikan Jasmani tu kat hotel.. tiba-tiba panel kata kena ajar Pendidikan Jasmani.. gila aku dengan kawan aku tu pergi tukar RPH.. hahaha.. nasib baik panel sangat baik hati bagi kami buat balik RPH dan bagi kami buat dengan tulisan tangan..

masa ni kami masuk dalam grouping.. dalam 20 orang lah.. yang lain ajar, dan yang lain jadi anak murid.. nasib baiklah goup aku ni sangat sporting jadi pelajar.. aku buat TGfU.. bayangkan buat sistem TGfU dalam bilik.. hehehe.. memang kecohlah..

GROUP INTERVIEW

yang ni masuk dalam bilik 5 orang dan panel ada 3 orang.. memang ketar jugalah.. tapi aku cakap pada diri aku, aku mesti bersuara.. memandangkan aku ni suka memotivasikan diri, maka aku sentiasa berikan pendapat dan menjawab soalan panel dengan sebaik mungkin.. hehehehe..



Masa interview ni aku adalah terjumpa senior-senior masa UPSI dulu.. dorang pun hairan macam mana aku dengan kawan aku ni boleh dapat temuduga ni.. rezeki kut.. Alhamdulillah.. tapi rezeki untuk dapat kerja ni aku serahkan pada Allah.. Dia lebih tahu.. aku hanya mampu berdoa ja..


munir, isma dan aku..

munir ni kawan kepada kawan aku si Isma ni.. hehehe...


ha ni dia isma, kawan yang banyak bantu aku selama interview.. dia yang hantar aku kat hotel berdekatan airport supaya senang aku pergi airport balik nanti.. terima kasih Is...



yang ni Aimuni.. sekali dengan aku satu bilik masa microteaching dan group interview.. suami dia orang tawau tak silap.. hehehe..



aku memang tak reti posing sopan macam ni.. hehehehe...


p/s: tipulah kalau aku cakap aku tak berharap dapat kerja ni.. mestilah aku berharap, kalau tak takkan aku sanggup datang iv dari sabah at the first place.. tapi aku tau perancangan Allah tu lebih baik.. aku terima segalanya.. ^_^


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: