Friday, August 14, 2015

lihatlah

“everybody has a past
everybody lives a present
and everybody deserve a future” 
― HlovateAnthem


entah kenapa aku masih suka quote hlovate yang di atas tu... mungkin kerana aku telah di judge by what i do, i wear, and what i've done in past.. tolong open up your eyes..

lihatlah,
kenapa masih kau memandang aku dengan pandangan yang serong sedangkan we both same in past.. cumanya sekarang kau sudah berjaya menemui kebahagiaan sebenar.. sekurang-kurangnya kau tahu apa yang aku lalui.. tahu apa yang sedang aku alami bila aku ingin berubah ke arah yang lebih baik..

sakit berlawan dengan diri sendiri.
sakit berlawan dengan perasaan sendiri.
sakit bila orang sekeliling tidak faham.
sakit bila tiada yang menyokong.
sakit bila dipandang serong.

kau tahu sakit itu bukan?

TIDAK!

perjalananmu tidak seperti aku.. kau dapat sokongan yang aku tidak dapat.. jadi janganlah kau memandang aku bagai aku ni anjing kurap yang ada di sisi kau.. kau tendang-tendang.. we both started from zero.. but me, still here..

please, it was easy for you (maybe?)
but it's not easy from me...


kadang aku rasa mau lari agar aku mampu untuk menyelamatkan diri aku dan seterusnya menyelamatkan mereka yang aku sayang..

betul kata Dash, bukan semua orang boleh terima perubahan kita..

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: