Tuesday, June 30, 2015

Puasa dan penafian

Selama ini aku puasa memikirkanmu,
kali ini aku menafikan yang aku meningatimu..

selama ini aku puasa untuk mencintaimu,
tapi kali ini aku menafikan yang aku amat menyayangimu..

selama ini aku puasa untuk menghubungimu,
tapi kali ini aku menafikan betapa hatiku meronta-ronta untuk menghubungimu..

Selama ini aku puasa dengan perasaanku,
tapi kali ini aku menafikan bagaimana ianya bermain untukmu..

Puasa kali ini mengajarku erti kekuatan seperti yang sebelumnya,
cuma kali ini aku lebih kuat menafikan segalanya...



Selamat berpuasa,
dan juga selamat menafikan segalanya..

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: