Saturday, May 2, 2015

Hanyut #5

 “hari kau balik adalah hari yang sama di mana baba dan ummi kau dilanggar lari ketika mereka ingin menjemputmu di pekan.. kau tahu Ilham, baba dan ummi kau sangat lembut hati.. mereka tetap menerima kau bila mereka tahu kau ingin kembali..” Anuar bercerita tanpa melihat Ilham.
“dan selepas baba dan ummi meninggal apa yang berlaku?”
“kau sedar.. kau satu-satunya anak mereka.. kau cari aku untuk meminta bantuan.. bertahun kau mencuba untuk kembali.. dan hasilnya kelihatan..” Anuar berpuas hati.
“bertahun? Maksud kau dah bertahun kejadian ni.. perang ni macam mana pula?”
“ya.. bertahun, dengan izin Allah.. perang ni dah berlanjutan sejak tahun lepas tak silap aku.. arghh! Aku pun sudah terlupa tarikh bermulanya..”
“Ilham.. aku rasa dunia ni dah nak hancur.. kiamat dah semakin hampir..” sambung Ilham.
Dengan tiba-tiba satu dentuman kuat kedengaran, kilat sabung-menyabung, bumi bergetar kuat, hujan turun dengan lebatnya. Anuar dan Ilham saling berpandangan. Mereka berlari keluar dari terowong tersebut. Kelihatan ombak yang sangat besar menyerang dan menghanyutkan robot-robot yang tiada rasa kemanusiaan, serta merta kehilangan fungsinya. Sekali lagi ombak besar itu menyerang dan kini menghanyutkan tengkorak, mayat, jasad, dan bangkai-bangkai di hadapan mereka. Ilham terpaku.
“Ilham! Kita kena lari..selamatkan diri..” kata Anuar sambil menarik tangan Ilham.
“tidak Anuar, tiada tempat lagi untuk kita bersembunyi..” jawab Ilham.
 Anuar berpaling, dan di hadapan mereka kini kelihatan satu lagi ombak besar. Kedua-dua mereka menjerit dengan kalimah Allah yang suci, yang menjadi saksi dan juga janji, tanda menghambakan diri pada yang Allah yang satu. Ilham dan Anuar terpisah di dalam arus yang kuat.
Di dalam arus yang kuat, tanpa bantuan pernafasan dari udara yang segar, hanya desakan air yang berlumba memenuhi isipadu di dalam badan, tusukan demi tusukan yang semakin tidak terasa kesakitannya, Ilham melihat satu tayangan yang menceritakan tentang dirinya sejak dilahirkan dan juga sehingga kini. Tayangan seperti panggung wayang, cuma ianya tidak berbayar, dan watak utamanya adalah diri sendiri. Sedikit demi sedikit gambar itu tidak kelihatan.
Ilham terjaga dan terbatuk-batuk memuntahkan air yang memenuhi ruang badannya. Melihat keadaan sekeliling yang tenang, lapang dan damai. Dunia ini berbeza dari dunia yang dulunya. Dia terdampar di atas tanah yang berpasir, tidak panas dan tidak berair. Ilham masih tidak tahu arah tujunya. Dia berdiri dan berjalan.
Jauh perjalanannya, tanpa rasa lapar dan dahaga. Akhirnya dia melihat sekumpulan manusia yang juga sedang berjalan ke hadapan tanpa arah tuju. Ilham cuba untuk mempercepatkan langkahnya. Kelihatan wajah yang dirinduinya sedang menunggunya dengan senyuman. Ilham berlari dan menerpa insan-insan tersebut dengan deraian airmata.
“ampunkan Ilham baba.. ummi..”
Ketika mereka sekeluarga meneruskan perjalanan, Ilham melihat Anuar tersenyum puas melihat dirinya. “terima kasih sahabat..” ucap Ilham.
Ingat sahabat,
Sejauh mana kau hanyut dari pangkal,
Selagi kau tidak ketemu penghujungnya,
Selagi kau diberi nyawa dan hidup,
Selagi kau tidak kembali ke tanah,
Selama itulah Allah masih member peluang,
Peluang untukmu bertaut dan kembali,
Nafas itu kehidupan,
Kehidupan itu peluang,

Jangan sia-siakan..


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: