Thursday, April 30, 2015

Hanyut #4

Ilham meletakkan segelas jus oren di hadapan Anuar dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengan Anuar. Anuar tidak meneguk jus tersebut. Matanya tertancap pada insane di hadapannya kini. Dari atas ke bawah, dari bawah ke atas. Tiada langsung cacat celahnya. Ilham sempurna dilihat sebagai perempuan.
“kenapa?” Tanya Ilham sambil memetik-metik jarinya.
“aku nak cari kebenaran Ilham.. kebenaran cerita baba dan ummi kau..”
“so, kau dah lihat kebenarannya. Kau nak buat apa?”
“aku nak bawa kau balik semula Ilham.. aku taknak kau terusan begini..”
“it’s too late Anuar.. aku dah tukar semua.. kau ingat Allah nak terima aku lagikah?”
“Allah maha pengampun Ilham.. kau tinggalkan semua ni.. pulang ke kampung.. keadaan baba dan ummi kau sangat menyedihkan..”
“aku malu Anuar.. nanti apa orang kampung akan cakap kalau nampak aku macam ni?”
“biar malu di mata orang, jangan malu di mata Allah.. berubah sedikit demi sedikit.. kau perlu ingat, kau masih bernafas sehingga kini sebab apa? Sebab Allah tengah bagi kau peluang untuk kembali ke jalan-Nya. Untuk bertaubat..”
Ilham mengalirkan airmatanya. “aku terlalu sakit Anuar.. hanyut sampai aku tak tahu di mana hujung pangkalnya.. di mana akar umbinya, di mana asalnya.. kau baliklah Anuar.. kalau hati aku kata ya, aku akan cari kau..”
Anuar mengeluh hampa. “ini nombor telefon aku.. kalau hati kau dah kata ya, call aku.. aku akan bantu kau..” sebelum keluar dari tempat tersebut sempat Anuar berpesan, “Ingat Ilham, sejauh mana kau hanyut, pasti ada tempat bersangkut untuk membawa kau kembali ke pangkalnya.. hidup itu peluang, jangan sia-siakan.”
Sejak kedatangan Anuar ke restorannya, Ilham sering mengelamun memikirkan kata-kata Anuar kepadanya. Anuar adalah kawan karibnya sejak kecil lagi, sama-sama dapat menyambung pelajaran di luar negara. Namun Ilham ke tanah orang putih dan Anuar pula ke rumah Allah. Sejak itu hubungan keakraban mereka terputus, kerana Ilham tidak selesa dengan dakwah yang Anuar sering bisikkan di telinganya menerusi panggilan telefon.

“aku perlu balik!” kata Ilham dan mengemas barang-barangnya.


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: