Wednesday, April 29, 2015

Hanyut #3

Seperti kebiasaan hari-hari sebelumnya, Ilham bersiap-siap untuk ke restoran miliknya. Walaupun hatinya terluka ditinggalkan oleh Ray, dia tetap mencuba untuk kuatkan diri dan menempuhi dunia atas pilihannya sendiri. Ilham anggun memakai gaun merah tanpa lengan paras lutut dan berkasut stilletto berjalan menuju ke keretanya. Dia ingin kuat tanpa Ray di sisinya.
Sedang Ilham sibuk menyemak penyata akaun pintu bilik pejabatnya diketuk.
“Masuk!” jawab Ilham dari dalam.
Pintu dibuka. “Miss Illy, ada orang nak cari Ilham.. saya dah kata pemilik restoran ni Miss Illy.. tapi mereka berkeras.”
Kening Ilham terangkat. “who?”
“don’t know.. but they look alike kampung people..”
Ilham keluar dari biliknya. “prepare some drinks for them..” arahnya.
Alangkah terkejutnya Ilham apabila melihat kedua orang tuanya berada di hadapan matanya kini. Ingin sahaja dia menangis dan memeluk mereka, tapi dia pasti orang tuanya tidak tahu akan perubahannya itu. Ilham duduk di hadapan mereka.
“nak.. kami nak jumpa Ilham, anak kami.. kawan dia Ray bagitahu dia pemilik restoran ni..” kata Baba Ilham.
Oh, ini semua kerja Ray rupanya. Bisik hati Ilham.
“baba.. ummi.. ini Ilham.. orang panggil Ilham ‘Illy’..” perlahan suara Ilham menjelaskan.
“APA?!! Tak! Anak saya lelaki! Bukan perempuan!” jerit Ummi Ilham tiba-tiba. Airmatanya sudah mengalir melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berubah sedemikian rupa
Ilham menahan sebaknya. “ya Ilham dah tukar kepada Illy ummi.. terimalah saya yang kini..”
“Ilham dah hilang akalkah? Kenapa sampai jadi macam ni? Apa salah baba dan ummi?” Tanya baba Ilham bertalu-talu.
Ilham mencapai tangan babanya dan mengucupnya. “maafkan Ilham baba..”
“baba tak ada anak macam kamu! Ummi, jum kita pergi!” baba Ilham menarik tangan umminya pergi dari situ.
Ilham hanya melihat dengan titisan airmatanya. Maafkan saya baba.. ummi..
***************************************************************
Tubuh Ilham digerakkan kuat. Ilham tersedar dari tidurnya.
“bangun!bangun! masa untuk bertempur” jerit Anuar.
“kenapa?” Tanya Ilham.
“puak tu dah dapat masuk tempat kita.. kita kena halang mereka!” kata Anuar dan terus berlari ke hadapan.
Ilham mencapai senjatanya dan berlari di belakang Anuar. Ilham melihat keadaan sekeliling, tengkorak manusia bertempiaran, tembakan cahaya laser mengena di badan manusia tanpa balas kasihan, Ilham melihat puncanya. Robot? Ya, mereka sedang bertempur dengan robot kini. Robot yang pada mulanya dicipta oleh manusia. Manusia yang tiada tanggungjawab.
Ilham menghalakan senapangnya ke arah robot yang berdekatan, berjaya. Dengan beberpa das tembakan robot tersebut sudah berkecai dan tidak berfungsi. Begitu juga dengan Anuar, dengan gagahnya dia menghalakan senapangnya dan mengeluarkan beberapa das tembakan yang tepat mengena musuh.
Akhirnya Ilham dan Anuar terjumpa satu terowong besar yang tiada penghuninya. Sedikit tersembunyi dari mata kasar robot yang menghantui mereka. Mereka berehat sebentar, kepenatan. Di luar masih kedengaran bunyi tembakan yang tiada hentinya, jeritan dan tangisan yang tiada siapa peduli. Ya Allah, apa semua ini?
“anuar, aku nak kau cerita semua kat aku.. dari mula.. aku langsung tak ingat..” pinta Ilham.

Anuar melepaskan keluhan. Dia tahu maksud Anuar. “lepas baba dan ummi kau jumpa kau, mereka balik ke kampung dengan penuh kesedihan.. baba kau dah tak datang masjid mengimamkan solat jemaah seperti selalu, ummi kau dah tak mengajar mengaji seperti dulu.. rumah korang sentiasa tertutup.. aku minta mereka ceritakan segalanya.. dan aku datang cari kau untuk mencari kebenaran.”


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: