Monday, April 27, 2015

Hanyut #2

Terasa bahang yang teramat membuatkan Ilham terbangun dari lenanya, di hadapannya kini kelihatan sebuah jentera besar, orang sekelilingnya berlari ke sana dan ke mari. Tanah yang penuh kehijauan dan kedamaian menjadi kosong, bangunan musnah sekelip mata, anak-anak kecil menangis mencari ibu bapa mereka, dan Ilham masih lagi memeluk gambar orang tuanya. Apa yang sedang berlaku? Bisik hati Ilham.
            “Ilham! Ni ambil! Jangan berangan! Musuh dah dekat tu!” kata seorang askar kepada Ilham.
Ilham hanya menyambut senjata yang dihulurkan oleh Anuar. Ya nama itu yang dilihat oleh Ilham kemas di baju Anuar.
“wei! Jom! Nanti robot celaka tu dapat tangkap kita! Cepat!” Anuar menarik tangan Ilham dan membawanya masuk ke dalam satu terowong bawah tanah.
Sesampai sahaja di sana Ilham terkejut melihat ramai orang yang tercedera, kehilangan anggota badan, tidak kurang juga dengan mayat-mayat yang bergelimpangan. Ilham masih tidak tahu apa yang berlaku, masih keliru, masih penuh dengan teka-teki.
“kita rehat dulu..” kata Anuar sambil melabuhkan penggungnya di atas tanah. Ilham hanya menurut.
“apa yang berlaku?” Tanya Ilham.
“kau tak ingat?” Tanya Anuar lagi. Ilham menggelengkan kepala. “ni mesti kesan dari kau jatuh tadi..”
Ilham memegang kepalanya, ya ada cecair pekat berwarna merah di kepalanya dan masih terasa sakit.
“dunia kita sekarang sedang menuju kemusnahan.. demi harta, demi menegakkan kebenaran, semuanya musnah! Manusia sesama manusia berperang, yang jadi mangsa adalah rakyat. Apa yang lebih memedihkan anak-anak kecil kehilangan ibubapa mereka, bahkan mereka juga dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.” Jelas Anuar.
“macam mana aku dan kau boleh jadi askar?”
“negara kekurangan askar, kau yang ajak aku masuk.. kau dah lupa ke?” Tanya Anuar pula. Namun Ilham langsung tidak mengingatinya. “dahlah, kau rehat dulu.. nanti kau ingatlah..”

Ilham hanya mengangguk dan menutup matanya. Ya! Sememangnya dia amat penat. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia perlukan rehat untuk menghadam apa yang ada di hadapannya kini.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: