Saturday, April 25, 2015

Hanyut #1

“BABA!!! UMMI!! Bangun!bangun! jangan tinggalkan Ilham!! Bangunlah!!!” jerit Ilham bila melihat mayat baba dan umminya terbujur kaku di dalam bilik. Orang kampung hanya mampu menjadi saksi dan ada juga yang menghukum Ilham menggunakan kata-kata kerana terkejut.
            Ilham adalah seorang yang berjantina lelaki ketika dilahirkan, namun bukan silap dari ajaran kedua ibubapanya apabila dia berani melanggar kejadian ciptaan Tuhan. Ilham menukar jantinanya di Thailand, menanam silikon di dadanya, memanjangkan rambutnya, dan berpakaian seperti perempuan pada akhirnya.
Semuanya bermula apabila dia menemui Ray, kekasihnya semasa mereka bersama-sama menuntut di  luar negara. Walaupun pada mulanya Ilham melawan nafsu cinta Ray, namun lama-kelamaan dia juga turut merasai nikmatnya. Nikmat tusukan dan kucupan haram yang dan tidak mendapat restu serta mendatangkan murka Tuhan yang maha Esa. Nikmat itu telah menghanyutkan Ilham dan asmara itu telah merubah pendirian Ilham.
            Pada mulanya tidak pernah terlintas pun di fikiran Ilham untuk menukar jantinanya, tetapi oleh kerana perasaannya kepada Ray amat mendalam dan pernah melihat Ray bersama perempuan pada satu ketika dahulu dia membuat keputusan untuk membuat anjakan paradigma dengan menukar dirinya demi Ray. Namun sayang, Ray tetap berkeras meninggalkannya.
            “I memang sayang you.. tapi kita tak boleh macam ni sampai bila-bila.. I nak keluarga, I nak hubungan yang halal.” Kata Ray lembut. Masih kedengaran nafas yang laju dari mereka berdua yang baru sahaja berenang dilautan nafsu dan mendapatkan nikmat klimaksnya.
            “sayang.. kita boleh kahwin.. I’ll do anything for you sayang.. kita boleh ambil anak angkat if u want..” Ilham merayu sambil memeluk Ray dari belakang dan mengucup badan sasa milik Ray. Airmatanya sudah mulai mengalir.
            “No Illy! I nak anak I sendiri.. dari baka I sendiri.. listen, my parents dah cari someone for me.. and I will getting married with her..” Ray melepaskan pelukan Ilham. Berdiri mencapai bajunya yang bertempiaran di ruang bilik tidur itu dan memakainya satu-persatu.
            “no! no! no! then I macam mana? You nak tinggal I? mana boleh? I buat semua ni untuk you tahu tak?!” suara Ilham mulai meninggi.
            “Decision is made.. and I’m not going to change it.. good bye!” kata Ray.
            “Ray, don’t you dare!! I will tell everything about us to your parents and your future wife..” lembut tapi ada suara ugutan.
            Ray tertawa. “how about your parents? I already told them about you ILHAM!”
            Ilham terkulai sendiri memikirkan nasib dirinya. Dia bukan lelaki, dan juga bukan perempuan. Bagaimana dia meneruskan hidupnya tanpa Ray. Dia kebuntuan. Kini, selepas seminggu Ray meninggalkannya dan berkahwin dengan wanita sejati, kedua ibu bapanya pula meninggalkannya. Dunianya penuh kegelapan dan tiada arah tuju. Ilham memeluk gambar baba dan umminya. 



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: