Tuesday, February 17, 2015

Menolak kebahagiaan

Takut itu masih menjelma dalam diri

sedaya upaya aku buka kepingan demi kepingan hati

akhirnya aku temui ketakutan itu juga

ketakutan yang sering menghantui

yang sering ingin ku hadapi

yang sering ingin ku hapus

tapi bagaimana?

aku terpaksa menolak kebahagiaan kerana dek ketakutan

hidup adalah satu risiko walau jalan mana pun yang kau pilih, bukankah itu katamu dulu?

mengapa kau masih mahu menolak kebahagiaan kerana takut pada risiko?

bukankah menolak kebahagiaan itu juga 1 risiko?

berikan kekuatan padanya agar dia berani menghadapi ketakutannya demi kebahagiaannya..




♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥