Monday, February 23, 2015

Dilema berkasih

"travel back down that road, when you come back?no one knows" - Just a dream by Ne yo

Assalammualaikum,

aku rasa tiba-tiba macam rajin gila nak baca entry blog anwar hadi yang lama-lama.. gila, aku baca entry dia pada tahun 2010.. dan aku macam rasa nak sambung ja pendapat pasa isu ni--- >


kalau rasa nak baca bolehlah click pada link di atas..


well, aku namakan semua ini dilema ketika bersama pasangan.. ceh! dan memang ada antara sebahagiannya aku pernah hadapi..

bercinta ini ada baik dan buruknya, aku tak nafikan semua keburukan datang pada kita in fact aku dah pernah merasainya dan tidak semuanya buruk kan.. cuma..

memang berdosa sebab kita mengambil satu langkah ke hadapan mendekati zina (betulkan jika salah!). tapi kadang bf/gf kita ni boleh jadi sumber motivasi kita untuk melakukan sesuatu.. contohnya, kita berusaha untuk menjadi lebih baik supaya bf/gf kita tak cari orang lain.. kannn~~!! hehehehe

Anwar kata lost of freedom.. yup! inilah salah satu sebab juga kenapa aku rasa tawar hati untuk berdua, sebab aku ni bukan jenis yang suka 24/7 bersama atau melekat dekat fon.. hello, aku ada life selain daripada kau kut.. hahaha.. dan aku tak suka bila kebebasan aku bersama kawan terbatas, even parents aku tak marah aku hang out dengan dorang kau nak marah buat apa? kan...

tapi, bukanlah bermaksud aku tak suka berhubung.. cuma tak adalah 24/7.. bagi aku dalam sehari tu adalah masa sikit untuk tanya dan saling bertukaar cerita pada hari tu.. ala kejap ja sebelum tidur pun bolehlah.. hahaha..

u lost friend, hahahaha... ya memang! memang ramai sekali yang melupakan kawan bila dah ada bf/gf ni sebab nak jaga hati pasanganlah kononnya.. please lah okay, bila kau ada masalah nanti dengan bf/gf ko, kawan juga yang akan kau terhegeh-hegeh mengaduh masalah kau kan? so, kalaulah gf/bf korang ni cemburu yang teramat sangat sampai tak bagi kau lepak dengan kawan-kawan kau, why not kau angkut dia sekali lepak dengan kawan-kawan kau.. ya, memang ada antara kawan aku yang buat macam ni.. at least bolehlah biar kawan-kawan ko geng dengan gf/bf ko jugak. kannnn..

by the way, bagi aku kalau bercinta ni berpada-pada lah.. jangan buat benda-benda tak sepatutnya.. cuba jadi independent couple, pergi buat benda berfaedah bersama-sama.. tapi aku galakkan beramai-ramai lah..hahahaha.. nampak sangat aku ni tak romantik kan? adoiii..

okaylah, aku pun tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni post aku mengenai cinta ni.. memang minah jiwang lah aku ni gamaknya.. AHAHAHAH...
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: