Monday, December 8, 2014

Titik persamaan

As I mentioned before, aku dan family aku memang tak simpan rahsia lagi-lagi dengan siapa kita bercinta dan berkawan.. Sebab penting untuk mereka tahu kita bersama dengan siapa supaya mereka tahu di mana nak cari kita bila kita tiada.. ceh..

dan beberapa tahun yang lalu di kala aku dilanda masalah cinta yang kronik sampai aku boleh ditahan di hospital sehingga dipanggil mayat hidup yang berkeliaran, aku mengadu pada mama mengenainya.. dan mama cakap,

"dalam sesebuah perhubungan, kita kena cari titik persamaan dan bukan perbezaan.. agar kita dapat seiringan berjalan.. Allah jadikan kita berbeza dan saling melengkapi, jika perbezaan yang dikira bahagia tidak akan dapat dikecapi.."

dan aku dengan gigihnya untuk mengembalikan semangat aku yang terkulai layu itu berusaha untuk mencari titik persamaan. Tetapi malangnya perbezaan juga yang aku dapat, kekurangan juga yang aku terima.. Eh, bukan dia yang kurang.. aku yang kurang kerana tidak dapat berfikir dengan waras dan menerima dengan hati yang ikhlas..

Aku kembali lagi kepada mama dan menyatakan masalah aku yang terlalu cuba memahami sehingga memakan diri sendiri.. mama kata,

"sebuah perhubungan tidak akan berjaya jika hanya seorang yang mampu memahami dan seorang lagi tidak memahami kita.. itu namanya give and take.."

hasil daripada nasihat itu, aku kuat meninggalkan, melupakan, dan menghilangkan diri.. 





so, samalah juga dengan gambar di atas.. untuk mencari hasil yang terbaik hendaklah kita mencari titik persamaan agar garisannya tidak bengkang-bengkok.. percintaan itu mudah, cuba kita manusia yang menyukarkannya.. setiap masalah ada formula untuk menyelesaikannya.. sama ada negatif ataupun positif jawapannya, ianya adalah terbaik untuk semua...

Selamat berhari isnin semua! :)



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

3 comments:

Ann Ishak said...

perkongsian yang sangat baik :)

Akma Dk said...

semoga bermanfaat untuk kita semua.. :)

Akma Dk said...

semoga bermanfaat untuk kita semua.. :)