Tuesday, December 30, 2014

Overnight @ KLIA2

Assalammualaikum,

dengan rasminya aku telah menamatkan semester 6 aku.. wahhh!! Alhamdulillah..mudah-mudahan result okaylah kan..so sekarang ni, di jam ini, di minit ini, di saat ini, aku sedang menaip entry ini di KLIA2.. ya.. KLIA2.. ini adalah first time aku overnight di sini berseorangan.. dan macam biasa aku akan buat macam rumah sendiri.. merempat terbaring terbungkang di mana saja.. ni kalau mak mertua nampak ni reject terus! hahaha


aku gerak dari tanjung malim dalam kol 3 dan naik tren dari sana pukul 3.45pm.. ingat nak naik ETS, tapi tiket habis.. terpaksalah aku pergi mengangkut barangan aku tu naik tangga.. dahlah kena tukar tren dekat rawang.. nasib baiklah rawang ada lif.. hehehe..

pastu, gerakan solo aku kali ni aku rasa tak yakin sangat dan ambil keputusan menaiki KLIA transit yang tambangnya berharga RM35 tapi oleh kerana aku ada kad siswa 1 Malaysia, aku dapat potongan harga 30% dan jadilah RM24.50.. walaupun masih mahal berbanding tambang bas, tapi aku lebih rasa selamat..


sesampainya aku di KLIA2, aku terus ke KFC mengisi perut sebab aku tak makan lagi dari tengahari.. makan, tapi makan maggi ja.. hahaha.. dan rupanya ada outside view lah.. boleh duduk makan di luar.. aku pun apa lagi, layan perasaan di luarlah..rasa excited pula.. dan serius rasa sangat romantik..hahahaha.. ni kalau bersama jantung hati boleh terlentok dekat bahu ni.. Astaghfirullahalazimmmm...

pada ketika ini, aku pun kebosanan sebab nak drop luggage kol 4am nanti.. ermm.. ada encik negro tumpang cas fon dia dekat lappy aku ni.. manalah dia ni, aku mau tidur ni.. kononlah! hahaha.. padahal mau marathon movie..

sangat happy bila ada yang sentiasa caring tanya bagaimana keadaan diri ini di sini.. ermm.. terima kasih!


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: