Wednesday, December 10, 2014

Mean girl story #3

Aku masih teringat peristiwa tengahari tadi di mana tunang Zulaikha memperkenalkan Harith kepadaku. Adakah dia H yang sama aku kenal melalui Wechat? hmm.. Memang aku terkejut tadi. Tapi macam mana aku nak tahu Harith dan H adalah orang yang sama?

tet..teet... 

Aku mencapai telefonku.

H : Hai u, buat apa? dah solat?

Day : Hai.. sedang bergelimpangan..dah.. how about u?

H : Sudah juga.. btw, nak jumpa u boleh?

Eh.. mamat ni, baru layan dah ajak jumpa. Ingat aku murah ke. Jap nak try test cuba dia ni.

Day : Boleh je.. tapi I nak bawa kawan I..

H : Boleh..

Eh, lulus mamat ni. Okay, aku akan jumpa dia.

Day : when and where?

H : u decide.

Day : this saturday.. kat KLCC.. okay?

H : as u wish..

Interesting! Dia nak jumpa aku walaupun dengan kawan. Nampaknya dia ni bukanlah nak ambil kesempatan dengan aku. 

Oh, berbalik kepada Harith. Baru teringat kad yang dia bagi. Tapi aku tak rasa nak hubungi dia sekarang pun. Mamat tu poyo gila kata aku perlu kawan. Dia ingat aku tak banyak kawan ke? See the leg lah. Ni Luthya kut. Ramai kawan, boyfriend je tak ada. Tapi Harith tu kacak jugakan?

Aku kena telefon Zulaikha untuk memberitahu dia hal ni. Siapa lagi nak temankan aku kalau bukan Zulaikha teman karibku kan.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: