Tuesday, December 9, 2014

Mean girl story #2

H : are u there?

H : hai you.. dah makan ke?


Aku melihat telefon bimbitku, ini sudah masuk hari ketiga semenjak lelaki bernama H itu menjadi kawan pertamaku di dalam Wechat. Aku masih tidak berupaya untuk membalas mesej-mesejnya kerana aku masih tidak yakin dan mungkin kematian kata-kata. Aku perlu berjumpa Zulaikha.

H : you tak sudi kenal dengan I ke?

Sekali lagi lelaki itu menghantar mesej.

 "Adoi, apa nak buat ni? dahlah takde gambar profile, entah-entah bapa ayam manalah add aku ni." Marahku pada diri sendiri.

Aku menekan nombor telefon Zulaikha.

"Zu, aku nak jumpa kau! aku tak kira sekarang juga aku pergi ofis kau!" kataku dan meletak telefon sebelum Zulaikha sempat menolak.

Aku mengambil beg tangan dan terus meluru keluar dari ofis. Selagi aku tak jumpa Zulaikha, selagi itulah aku rasa tak tenang.

"kau dah kenapa tak sempat-sempat ni? kalau aku ada meeting tadi macam mana?" marah Zulaikha kepadaku sebaik sahaja aku memasuki pejabatnya.

Aku menghulurkan telefon bimbitku. "kau tengok ni! ni semua kerja kau lah.. sekarang aku nak buat apa sengal?"

Zulaikha ketawa terbahak-bahak.

"woi! aku serius ni.. yang kau gelak kenapa? ni masalah negara tahu tak.."

"ala.. apa susahnya.. kau balas je lah..."

"masalahnya aku tak tahu nak balas apa.. nanti aku layan melarat pula.. manatau dia ni bapak ayam.. habis aku kena jual.."

Tawa Zulaikha semakin kuat sehingga nafasnya kelihatan sesak. Aku memukul Zulaikha.

"woi!woi! relax lah! lawaklah kau ni.. aku tak tahu kau selawak ni..ehem.." Zulaikha menarik nafas. " macam ni, kau balas je lah.. siapa dia tu belakang kira.. kau kawan je dulu dengan dia.."

Aku berfikir sebentar. Betul juga kata Zulaikha. Kenapa aku bodoh sangat tak boleh fikir semua tu.

"dah! dah! sekarang ni aku nak pergi lunch ngan tunang aku.. alang-alang kau dah ada kat sini, jom kita pergi lunch together-gether.."

"eh.. tak kacau ke?"

"ala.. taklah.. lagi pun kau tak kenal lagi kan tunang aku.."

Tanpa banyak soal aku mengikut jejak langkah Zulaikha, sambil jemariku menaip,

Day : sorry for ignoring you.. hai.. salam perkenalan juga..

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: