Sunday, December 7, 2014

Mean girl story #1

"bodohlah kau ni.. ada phone canggih merungut takde boyfriend.." kata Zulaikha kepadaku sambil menarik muka. Eh, engkau apahal!

"aku pula bodoh.. ayat kau tu yang bodoh.. apa kena mengena phone canggih dan takde boyfriend..cuba kau terangkan kat aku.."

Zulaikha mengambil telefonku dan menekan simbol Wechat yang berada di skrin. "inilah kaitannya..phone canggih, ada wechat, look around lah!" Zulaikha menekan butang look around.

"Zulaikhaa!!! kau buat apa gilaaaa!!"

"aku tengah tolong kau ni.. kau tak nampak ke niat suci aku ni nak carikan kau boyfriend.."

"masalahnya, aku taknak boyfriend.. aku nak future husband!"

"bla.. bla.. bla.. aku malas dengar alasan kau tu.. chill lah babe.. dah lama kau takde boyfriend.. bagilah peluang diri kau rasa bahagia.."

"bahagia? selama ni aku bagi peluanglah.. tapi apa aku dapat? habuk pun tarakk.."

"at least kau kena berusaha.. heii, jodoh tu kena usaha kau tahu? ni salah satu usaha kau lah!"

Aku masih berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Zulaikha. Jodoh tu kena usaha. Aku melihat telefonku, banyak friend request sejak Zulaikha menekan butang look around itu. Tapi aku masih ragu-ragu untuk menerima.

Apa mereka boleh dipercaya?
Apa mereka ikhlas berkawan?
Apa mereka mengambil kesempatan?

Soalan-soalan itu bermain di fikiranku. Sekali lagi sepotong ayat Zulaikha menerpa, "Jodoh tu kena usaha kau tahu?"

Aku terus menekan butan 'accept' permintaan pertama sambil menutup mataku tidak rela. "Apa kau buat ni Luthya!!!!" marahku pada diri sendiri.

H: Assalammualaikum.. tq approved..Salam perkenalan..

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: