Friday, December 12, 2014

Mean boy story #3

"Aku tengok kau dah tak reti berhenti senyum.. kenapa?" sapa Ikhwan.

"Dia setuju nak jumpa akulah.. tapi, apa kata kau teman aku.. boleh?"

"apa kes aku kena teman kau?"

"yalah.. tak manis aku jumpa seorang.. jomlah.."

Seperti yang dirancang, aku dan Ikhwan ke KLCC untuk bertemu gadis yang baru ku kenali di Wechat. Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan bersiap. Aku mahu kelihatan sempurna di hadapan Day.

"BIE!!!!" satu suara jeritan aku dengar. Zulaikha dan kawannya Luthya datang ke arah kami.

"bie buat apa kat sini? kata nak teman Harith jumpa kawan."

"memanglah.. kat sinilah nak jumpanya.. ayang buat apa kat sini?" tanya Ikhwan pula.

"teman Luthya.. eh, jangan kata Harith ni H.."

Terkejut aku dengan apa yang dikatakan Zulaikha. Aku melihat Luthya, ternyata riak wajahnya sudah berubah.

"Day?" tanyaku meminta kepastian.

Luthya mengangguk dan lantas ketawa.

"la... H tu mamat poyo ni ke..adoiii... tapi, not bad lah.."

Mamat poyo lagi? cis!

" I told you, you need a friend.." kataku selamba.

Zulaikha dan Ikhwan juga turut ketawa. 

"Eh dahlah.. korang datinglah dulu.. aku dating dengan Zulaikha.." kata Ikhwan.

"ha.. nanti hantar Luthya balik teruslah.. jangan lewat balik tau.. byee!" sambung Zulaikha sebelum melangkah pergi.

Aku melihat Luthya, Luthya menarik nafas dan mengeluh berat. Dia duduk di tangga KLCC itu.

"tak sudi nak lepak dengan I ke?" tanyaku tanpa melihat wajahnya.

"taklah.. I sudi je.. so, what we going to do?"

"movie?" tanyaku.

"clishe lah! jom lepak Konikunya sambil bertaaruf.. okay? I tak layan sangat movie.."

Aku hanya menurut permintaan Luthya. 

Skinny jeans,

baju petak-petak,

Chuck taylor shoes,

kaca mata berbingkai hitam,

Buku dan muzik..

Hipster in real life.

You are so interesting.. Bisik hatiku.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: