Tuesday, December 9, 2014

Mean boy story #2

"YES!! dia dah balas." jeritku sendiri apabila melihat telefonku. Semenjak tiga hari yang lalu, inilah kali pertama gadis itu membalas mesejnya di dalam wechat.

"amboi.. tersenyum kambing nampak.. kambing pun tak senyum macam kau.." sapa Ikhwan.

"awek yang aku add tu dah balas mesej aku.. finally! after 3 days.." kataku riak.

Ikhwan tertawa. "3 hari baru dia balas? nampak sangat ayat kau tak menyengat.."

"sengat tak sengat, aku dah lapar.. mana tunang kau yang kau nak kenalkan sangat tu?"

Ikhwan melihat jam tangannya. "kejap lagi sampai kut.. dia kata dah on the way da.."

H : u, I makan dengan member ni.. kalau free bolehlah join..

Day : sorrylah u.. I pun ada lunch meeting ni.. next time maybe..


"Ha.. tu pun dia.." kata Ikhwan tiba-tiba. Aku menoleh, ada dua orang dan mana satu tunang Ikhwan. Dua-dua cantik, tapi yang sorang lagi nampak rugged.

"sorrylah bie ayang lambat..salahkan pompuan ni.." kata gadis yang pertama, aku hanya mendengar.

"takpe ayang.. kitorang pun baru sampai.." jawab Ikhwan. BARU? aku dah lama tunggu kat sini kut.

"by the way ni kawan ayang, Luthya. Luthya ni my fiancee Ikhwan.." kata gadis itu lagi. Gadis yang bernama Luthya itu menghulurkan senyuman. Mak aiii manisnya.

" ni pula kawan bie nama dia Harith.. boleh panggil H je." Aku senyum, kelihatan ekspresi wajah Luthya bertukar.

 Sepanjang tempoh kami mengisi perut, aku dan Luthya hanya berdiam diri. Ikhwan hanya menikmati dunianya bersama tunang tersayang Zulaikha. Patutlah Ikhwan mengambil keputusan untuk bertunang dengan Zulaikha, gadis itu cantik menawan dan pandai mengambil hati. Luthya pula seperti kematian kata dan hanya membaca buku selepas makan. Namun aku tertarik padanya, belum pernah aku jumpa gadis hipster sepertinya di dunia sebenar.

Dia berjaya menarik perhatianku dan mungkin boleh dijadikan kawan baik pengganti Ikhwan satu hari nanti.

Sebelum balik aku sempat memberikan kad ku kepada Luthya. "feel free to contact me.. you need a friend.."

"poyo seyh!" kata Luthya sambil ketawa dan berlalu pergi.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: