Monday, December 8, 2014

Mean boy story #1

"hei H, kenapa aku tengok kau macam serabut je ni?" tanya Ikhwan sambil duduk di hadapan aku.

"pening dowh.. parents aku dah bising suruh aku kahwin.. kalau tak dorang nak arrange jodoh untuk aku.."

"eh, okaylah tu.. mudah kerja kau..tinggal kau nak kahwin je nanti.."

"masalahnya aku tak kenal langsung pilihan dorang tu.. aku dah rasa macam nak cari jodoh ekspress sekarang ni.."

Ikhwan melihat aku sambil menggosok-gosok dagunya. "kau dah kenapa tengok aku macam tu?takut wei.."

Ikhwan tergelak. "tak.. aku nak suggest kau 1 cara ni.. tapi tak tahulah kau percaya atau tak.. tapi aku kenal tunang aku pun dengan cara ni.."

"apa dia?"

"wechat."

"we what?"

"wechat  lah!! meh handphone kau cepat!"

Aku terus memberikan telefon bimbitku dan membiarkan Ikhwan menekan skrinnya. Tidak lama kemudian Ikhwan menunjukkan aku application bernama Wechat.

" ni lah dia...tekan look around ni akan keluar profile orang-orang terdekat ngan kau.. bolehlah kau usha dan add mana yang kau nak.." aku mendengar penuh teliti.

"ha.. ni macam okay je.. aku send lah request.. bila dia dah approved, pandai-pandailah kau nak memainkan peranan okay!"

Ikhwan meninggalkan aku dengan aplikasi tersebut di dalam telefonku. Boleh percaya ke? soalku kepada diriku sendiri.

Seperti biasa, aku akan terus pulang ke rumah selepas waktu bekerja. Ikhwan sudah hilang mungkin keluar bersama tunangnya. Usai solat, aku menghadap televisyen di ruang tamu. Tidak lama selepas itu aku teringat akan aplikasi Wechat yang baru di telefonku, aku mencapai telefonku dan masuk ke lama Wechat. 

Day Luthya approved your friend request. You can start your conversation right now

Aku tersenyum dan terus menaip salam perkenalan. Walaupun tiada gambar profile dari Day Luthya, tapi aku tetap gembira sebab dia adalah teman wechat pertamaku.

H: Assalammualaikum.. tq approved..Salam perkenalan..


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: