Tuesday, December 9, 2014

kawan sesak nafas

Kau selalu mengaduh tiada orang sayang kau,
tiada orang yang ingin berdamping dengan kau,
tiada orang yang inginkan kau,
bak katamu TIDAK LAKU..

tapi sekarang bila masa kau kena berhadapan dengan tiga orang lelaki sekali gus, kau sendiri tak dapat buat keputusan.. kau sendiri yang ingin pengsan, pening memikirkan..

kau dikelilingi lelaki yang setiap satunya mempunyai daya tarikan yang berlainan.. yang pertama paras rupa yang menawan, yang kedua jenaka yang lucu, dan yang ketiga akidahnya yang baik.. Namun ketiga-tiga mereka mempunyai persamaan di mana dapat seiring sempoi bila di sisi kau.. dalam erti kata lain kau tak perlu menjadi fake bila bersama mereka.. kau kentutlah sekuat mana, mereka tetap tergelak dan ikut kentut dengan kau sekali..

tapi dalam keadaan ini kau perlukan keputusan... aku tahu kau sesak nafas, tapi eloklah rasanya kau berkawan dahulu dengan mereka untuk mengelakkan sebarang sakit hati di kemudian hari.. istikharah untuk membuat pilihan.. minta pendapat keluarga kau..

harap nasihat ini berguna untuk kau. :)


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: