Sunday, December 7, 2014

Katil Bisu


aku menangis di dalam tidurku,
aku kepenatan dalam mimpiku,
aku ketawa gembira di situ,
di atas katil yang bisu..

katil itu tidak pernah mengeluh,
walaupun aku sering merapu, berasa kaku, dan mahu pun berkongsi seribu rasa tipu,
dia masih diam, menyimpan rahsiaku,
terkubur bersamanya pilu..

aku harap katil itu tetap bisu,
kerana dia tahu apa bauku,
apa wangiku,
apa kejadianku,
dan apa di diriku..

katil,
terima kasih kerana masih bersabar denganku...


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: