Friday, December 12, 2014

Bagaimana?



"Bagaimana kau dapat kekuatan?"

soalan yang amat menarik bagi aku.. ya, kalau dibaca semula entry yang terdahulu ternyata aku ni taklah kuat sangat.. yalah, asyik mengarut ja dalam blog, meluahkan rasa jiwa yang kacau.. ingat itu kuatkah? tapi sebenarnya aku ni gagah (puji diri sekejap).. aku gagah untuk meneruskan hidup aku..

yalah hidup kita ni banyak lagi yang kita kena kejar, banyak lagi yang tunggu kita pada masa yang akan datang.. tak bermakna sesuatu yang tak pasti melukakan kita terus kita berpatah hati dan berputus asa.. ambil nafas dan fikir positif, Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita..

aku macam kau, dan yang lain.. kuat di luaran tapi lemah di dalam.. aku mengaku aku yang dulu sangat teruk.. aku tak melakukan kewajiban sebagai umat Islam, aku Islam dalam ic ja.. tapi bila aku dapat semua ni, mata aku terbuka untuk mencintai yang pasti.. untuk menyayangi dan menghargai diri dan apa yang ada di sekeliling..

mungkin ayat clishe kan bila dah susah baru nak cari Tuhan.

tapi kan, kalau masa kita ditimpa bala tu kita cari Tuhan dan mengekalkannya.. tiada salah bagi aku.. sebab aku pun begitu.. bukanlah nak kata aku sekarang ni dah cukup pengetahuan pasal agama, aku masih belajar lagi.. yalah, benda yang lama ditinggalkan kenalah ingat balik kan..

tapi aku tetap bersyukur, bila aku terus melangkah dan sentiasa mencintai yang pasti aku ada kekuatan.. walaupun hidup masih berseorangan, aku tetap ada kegagahan untuk hidup seorang.. tak adalah mengemis cinta manusia yang belum pasti kan..


p/s: jangan pernah merendah-rendahkan mereka yang tidak sepertimu sekarang jika kau yang dulu juga begitu.. 

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

2 comments:

Liza Licha said...

mula2 memang susah nak let go.
tapi like people said time heals everything. insyaAllah :)

singgah bw

Akma Dk said...

betul.betul.betul! hehehehe..