Sunday, November 2, 2014

searching for new skin care product

"a lonely road cross another cold state line"- Dear God by Avenged Sevenfold

well, hello blog yang ku sayangi...

malam ni sejuk ja, rasa rajin nak blogwalking sambil-sambil cari idea untuk menaip.. ha ha ha ha.. nak buang masa gamaknya, padahal selasa dan rabu ada midterm.. argghh!! study lah wahai buyay...

aku sebenarnya tengah search new skin care product sebab aku tak sesuai pakai produk yang sedang aku pakai sekarang ni dah.. aku dulunya pakai Shurah, lepas tu tahun lepas aku tukar pada Safi balqis.. tapi,sorry to say.. sejak Safi balqis dah buat packing baru yang dicampurkan dengan kiwi, kulit wajah aku yang boleh tahan sensitif nya ni dah tak boleh terima..

kawan aku kata muka aku nampak biasa ja, okay je lagi.. tapi aku dapat rasa perubahannya.. at first lagi aku pakai new packing ni, aku dah rasa tak sesuai sebab muka aku dah gatal-gatal+ merah+ pedih.. ha..

tambah pula bila abang kat pasar malam tegur aku cakap,

"eii.. apa ni..muka putih, tangan hitam.. macam dayang senandung.."

ha... dayang senandung..hahahaha... aku jadi macam ni salah satu faktor utamanya sebab aku dok main dekat padang.. yalah, kos PJ la katakan.. hihi.. aku tak kisah, yang aku kisah bila kulit aku dah tak macam dulu..

aku ni bukanlah jenis yang suka tukar-tukar produk, sebab aku takut muka aku rosak (memang semua perempuan takut benda ni kan).. so, aku pun sedang mencari-cari product baru.. nantilah bila dah jumpa, aku akan update..

missing this girl.. sebenarnya post ni aku taip semalam.. tapi line tak bagi aku update..hishh..so, kena post hari ni la.. :p




♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: