Thursday, November 20, 2014

Pengalaman



Assalammualaikum,

wahh.. lama tak menaip di sini kan.. sebabnya aku tiada idea, hidup aku pun tiada yang menarik sangat.. tapi sebab yang sebenar-benarnya adalah aku sangat malas untuk menaip.. hahahaha... aku menaip ini nak ceritakan satu kejadian kemalangan yang aku ternampak masa cuti sem yang lepas..

aku, abang aku dan family dia bersama nenek dan auntie aku dalam perjalanan pulang dari kota kinabalu ke rumah di kampung.. tempoh perjalanan adalah dalam 5-6 jam, dan abang aku sengaja nak balik lewat malam sebab waktu siang banyak sangat kereta.. aku takdalah risau sebab aku selalu akan berhenti untuk tidur kalau dia mengantuk.. so, no worries lah...

nak dijadikan cerita masa kami dalam perjalanan balik di jalan telupid- beluran, aku perasan ada sebuah kereta proton saga potong kami dengan lajunya.. tapi malam tu memang sangat bahaya, sebab bas besar-besar (adakah bas yang tidak besar?hahaha) saling potong memotong di jalan.. haiiyyaa... 

so,aku ni memang habit aku dalam kereta aku tak tidur.. aku akan menyanyi sambil tengok di tepi jalan.. bila kami lalu round about di sapi (jalan masuk ke pamol) aku tiba-tiba ternampak cahaya dari tepi jalan.. aku tengoklah, ternampak ada kereta terbalik kat situ.. dan kereta tu kereta saga yang potong kami sebelum tu.. aku pun terus cakap kat abang aku, " kok!kok! stop!! ada kereta terbalik sana.." abang aku pun berhenti..

abang dan aku terus keluar dari kereta, abang aku terus ke kereta tu dan aku pula pergi lambai kereta, bas. lori kat tepi jalan suruh dorang berhenti.. dan, alhamdulillah semua orang kat dalam kereta tu selamat cuma dorang terkejut.. kereta memang teruklah sebab dorang terbabas masuk ke dalam gaung (tak berapa dalam) .

sebenarnya kawasan tu memang bahaya apabila waktu malam, sebab round about tu tak ada lampu dan berlubang.. so, bila orang pandu laju dan tak berapa pro jalan tu memang sangat bahaya.. even abang aku pun cerita dia memang pernah hampir terbabas di tempat yang sama.. dan bila ditanya pada pemandu, dia pun beri alasan yang sama.. dia tak perasan tempat tu ada round about.. 

so. walaubagaimana pun, di mana pun berada, berhati-hatilah di jalan ya.. hehehe.. ingatlah orang yang tersayang...~~



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: