Wednesday, November 5, 2014

Mana ada standard dating naik motor!



Assalammualaikum,

bila terjumpa gambar di atas terus aku teringat kembali bila mana aku menolak perlawaan lelaki yang mengajakku keluar hanya kerana mereka menaiki motor..

tapi ingin aku tegaskan di sini!

aku bukannya melihat lelaki ada motor atau kereta, sebenarnya aku tak kisah pun.. tapi, belum kahwin mana boleh dating naik motor bersama sayang... dah sah, halal, naik basikal pun boleh..hehehe.. i tak melihat pada harta tau.. no, no, no!

tapi aku suka bila aku menolak, mereka menyarankan untuk berjumpa di tempat yang mudah aku pergi tanpa kenderaan.. contohnya, kedai makan depan rumah sewa aku ni.. kedai makan depan kampus.. hahahaha.. dan boleh juga kalau mau naik bas/ktm bersama-sama hang out di keyel..

bukannya sebelum ni tak pernah naik motor dengan lelaki.. pernah, itu waktu di zaman-zaman jahiliah..zaman diri masih kabur dalam pandangan.. dan bila sekarang ni aku menolak, jangan pula nak kata.. 

"arghh dulu boleh je naik motor sama-sama"

kalau cakap, memang nak kena makan kaki saiz 8 gamaknya.. hahaha.. itu dulu lah.. dah tutup buku tu..janganlah buka, sebab ianya penuh dengan peristiwa yang boleh buat aku menangis 365 hari tanpa henti ok.. 




p/s: aku ada kenal seseorang, dah lama.. tapi tak berani jumpa..wuwuwuwuuu..macam mana ni????


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: