Wednesday, October 22, 2014

ugut mengugut


tiba-tiba hari ni rasa macam nak post pula pasal masalah cinta yang sering melanda remaja perempuan masa kini, hmm..lelaki ada juga kut tapi taklah ramai jika dibandingkan dengan perempuan.. sebab yang aku tengok jadi mangsa selalunya perempuan.

so, siapa pernah kena ugut oleh teman lelaki/perempuan mereka? ugut bunuh ka.. ugut sebar gambar tak senonoh ka.. ugut itulaa.. ugut inilah.. siapa?siapa? sila kembangdankempiskan hidung anda (saja nak buat lawak tak berapa nak lawak..hahahah)

well, kalaulah ada yang baca post ini pernah atau sedang kena ugutan.. tak apa.. jangan takut untuk lari darinya.. mungkin ada yang terfikir bagaimana dengan maruahnya nanti jika orang yang mengugut itu benar-benar melakukan? itulah gunanya keluarga dan kawan-kawan.. korang siap-siaplah wasiatkan dan ceritakan benda yang sepatutnya pada mereka..jadi bila ada benda yang tak diingini berlaku, mereka tahu akarnya di mana..

jangan takut malu, jangan takut dimarah.. yang penting mereka tahu, dan yang sebenarnya kenalah biarkan orang yang dipercayai menyimpan rahsia tersebut kan..bukan mereka yang suka jatuhkan kau menggunakan rahsia tu..

sebenarnya adalah satu kisah di mana gegirl ni kena ugut dan selalu kena ugut dan pukul oleh boboy dia.. lama dia simpan.. bila dia tak tahan dia cerita pada family dia.. memanglah pada mulanya family dia marah.. tapi at last, family dia cover dia.. family dia yang tolong settlekan hal tu.. sembunyikan dia dari boboy tu.. haa.. kan dah kata family mempunyai peranan yang sangat penting..

kalau sekali dia ugut kau, dia akan ugut kau berkali-kali tau bila kau takpenuhi keinginan dia.. jadi berhati-hatilah dengan manusia seperti ini.. jangan cepat percaya.. sekali dah kena, cukuplah.. buatlah peringatan dan teladan.. 

dan satu lagi, nasihatku pada gadis-gadis dan diriku sendiri.. boleh gila bercinta, tapi dengan Allah.. jangan sampai maruah tergadai.. pertahankanlah ia..

post kali ini tak ada kena mengena dengan hidup dan yang mati, tapi kalau terasa tu..hmm..bawa-bawalah beringat ya..bukan semua benda kita boleh kawal dan dapat dengan ugutan..



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: