Saturday, October 4, 2014

Pasti #7

Diana dan Mira singgah minum sebentar di kafeteria yang terletak di bawah syarikat itu.
"saya tak sangka Shahril akan buat macam ni.." kata Mira.
"tak apa.. saya faham.. tapi apa yang korang nampak semalam tu bukan seperti yang korang fikirkan.."
"sebenarnya lelaki tu siapa?"
"my bestfriend.. dia cuma jalankan tugas dia je.."
"tapi..."
"dah! jangan fikir lagi.. lagi kalut.. i'll go now.."
                Diana meninggalkan Mira di situ. Dia perlu segera berjumpa dengan Hasyim memandangkan keadaannya semakin teruk. Hasyim kata Diana memerlukan mesin untuk membantu jantungnya terus berdegup. Sebab itulah Diana tidak melawan apabila dia mendapat notis tersebut.
                Diana terus memandu ke hospital. Menghantar dirinya kepada Hasyim. Dia sedar, hidupnya kini bergantung dengan mesin. Hari-harinya akan berakhir di sana. Apa yang diharapkannya, suatu hari nanti Shahril akan sedar sebenarnya semua ini adalah salah faham. Zali, akan mendapat ibu baru seperti yang diharapkannya.
                Sudah sebulan selepas Diana diberhentikan kerja. Shahril sedar akan kesilapannya dan mula mencari Diana. Tapi usahanya tidak membualkan hasil. Jejak Diana langsung tidak diketahui. Telefonnya sudah ditamatkan perkhidmatan, rumah Diana juga tidak berpenghuni. Tiba-tiba dia didatangi seorang tetamu. Dia kenal lelaki itu, lelaki yang sama dilihatnya bersama Diana sebulan yang lalu.
"Encik Shahril.. saya datang ke sini hanya untuk menyampaikan amanah.." jelas Hasyim.
"amanah?" kata Shahril hairan.
"amanah arwah Diana.. ni surat untuk Encik Shahril.. semua jelas tertulis di sini.." Hasyim meninggalkan surat itu di atas meja Shahril dan berlalu pergi.

Assalammualaikum,
Pertama sekali I nak minta maaf kat you. Sebab bila you baca surat ni I dah tak ada dalam dunia ini lagi. Tujuan I tulis surat ni adalah untuk membetulkan apa yang salah di pandangan mata you. Apa yang you nampak di ofis I hari tu adalah salah faham semata. Lelaki yang bersama I adalah Hisyam, doktor peribadi I yang merangkap bestfriend I. Papa you tahu pasal I, I dah minta kebenaran dengan dia untuk membenarkan Hisyam datang merawat I di ofis memandangkan I terlalu sibuk dengan kerja. I memang nak jelaskan kat you, tapi I terlambat. You dah pecat I sebelum I sempat menceritakan segalanya.
                Shahril, I sayangkan Zali. I nak you cari ibu untuk dia. Sebab memang jelas Zali memerlukan kasih sayang seorang ibu. I menghabiskan masa dengan Zali bukanlah kerana you. Tapi kerana Zali sendiri. Zali macam I, kurang kasih sayang dari orang tua sendiri. Bezanya, Zali ada you. Tapi you selalu mementingkan diri you sendiri. Arwah Amyra mesti nak you cari pengganti. Kalaulah I tak sakit, I sanggup untuk menjadi pengganti arwah Amyra sebab I taknak Zali rasa dan membesar macam mana I membesar.
                Mira ada bagitahu I yang you dah mula sayangkan I. Sebab itulah I menjauh. I taknak you salahkan takdir bila I meninggal nanti. Hati ini berdetak untuk you, tapi malangnya ia semakin lemah untuk bersama you buat selama-lamanya. Masa majlis perkahwinan Mira, I sebenarnya masuk hospital. Hisyam jumpa I pengsan kat rumah. Sebab itulah I hilang tanpa sebab.
                Shahril, I sengaja putuskan hubungan dan padamkan jejak agar you tidak dapat menghubungi I lagi. Sebab I tak rela you nampak betapa terseksanya hari-hari terakhir I. Selama ini you selalu puji I kuat, tapi sebenarnya tidak. I lagi lemah dari you. Akhir kata dari I, kirim salam dekat Zali. Kalau nak lawat pusara I, you boleh jumpa Hisyam. Dia tahu.

Move on and feel your life Shahril, for people arounds you and yourself.

Diana.




Tamat.


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: