Friday, October 3, 2014

Pasti #6

Oleh kerana Diana tidak datang temu janjinya, Hasyim terpaksa datang melawat Diana di pejabat setiap hari untuk memeriksa kadar degupan jantungnya. Pada mulanya terkejut juga Diana melihat Hasyim berada di dalam pejabatnya, tapi dia terpaksa merelakan kehadiran Hasyim.
"Mira!" jerit Diana memanggil Mira.
"kenapa?"
"nanti datang bilik saya tau.. hadiah awak kat bilik saya.. by the way, selamat pengantin baru.. sorry saya tak datang.."
"it's okay.. tapi kalau awak datang mesti lagi best.."
"yang penting your wedding berjalan dengan lancar.. okay lah..saya ada hal ni.. jangan lupa datang ofis tau.."
                Diana terpaksa bergegas ke pejabatnya. Sudah sejam Hasyim menunggunya di dalam pejabat.
"sorry Hasyim.. saya busy sangat hari ni.."
"sampai tertidur saya dibuatnya.. cepatlah.. hospital dah call saya ni.."
                Diana terus duduk di kerusinya bersedia untuk dirawat oleh Hasyim. Tiba-tiba Mira dan Shahril masuk di dalam pejabatnya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Kedua-duanya terkejut melihat apa yang berlaku di hadapan mata mereka.
"how could you Diana..." kata Shahril sambil menghempas pintu pejabatnya.
"sorry Diana.. nanti saya datang lagi.."
"no! wait.." Diana berdiri dan mencapai sebuah kotak di atas almari failnya. "This is for you.."
                Shahril terus menerja Dato' Ramli di dalam pejabatnya. Rasa marah Shahril masih membuak-buak. Hilang rasa hormatnya kepada Diana. Dato' Ramli sedang bercakap di dalam telefon. Shahril bermundar-mandir di dalam pejabat itu. Tali lehernya dilonggarkan. Masih bermain di matanya Diana dan juga lelaki yang sedang melutut di hadapan Diana itu.
"what happened son?" tanya Dato' Ramli serta merta selepas meletak ganggang telefon.
"Diana.. fired her.. dia bawa lelaki dalam ofis dia!"
"I can't.."
"why?"
"Diana have her own reason.. kita kena tanya dia dulu.."
"papa.. Diana tu berkelakuan tidak senonoh dalam ofis dia sendiri.."
"mungkin semua salah faham.."
"papa.. if you didn't fired her, I will!!" kata Shahril dan meninggalkan pejabat itu.
                Seperti yang Diana jangkakan, dia mendapat notis diberhentikan kerja pada pagi itu. Notis itu ditandatangan oleh Shahril. Diana hanya tersenyim dan menggeleng-geleng kepalanya. Nampaknya jodohnya dengan syarikat itu sampai di sini sahaja. Dia mengambil kotak dan mengemas kesemua barangnya.
"Diana?" tanya Mira hairan melihat Diana sedang menunggu lif sambil mengangkat kotak.
"wanna talk?" 





Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: