Thursday, October 2, 2014

Pasti #5

Pada hujung minggu itu Diana dan Shahril keluar bersama ditemani oleh Zali. Pada mulanya Diana menolak kerana dia tidak mahu sebarang gosip berlaku antara dia dan Shahril. Tapi Shahil berkeras dengan alasan untuk membeli barang keperluan Zali dan baju untuk majlis perkahwinan Mira dan Ikram. Diana terpaksa mengikut kemahuan Shahril.
"you taknak beli baju ke Diana?"
"tak.. banyak lagi baju kat rumah tu I tak sempat pakai.. I can choose any of them.."
"you taknak pakai sedondon dengan I dan Zali?"
Diana menjeling Shahril. "no.. nanti timbul fitnah.. tak baik.."
"papa, auntie Diana ni ibu baru Zali ke?" tiba-tiba Zali bertanya.
Diana tergelak.
"tak sayang.. ni kawan papa.. dia just tolong kita hari ni je.. sebab auntie Mira tak dapat temankan kita.."
"tapi Zali suka auntie Diana.."
"Zali.. Zali boleh panggil auntie Diana mama kalau Zali nak.." kata Diana.
Shahril terkedu.
"boleh ke papa?"
"kalau auntie Diana dah cakap macam tu, papa okay je.."
"yeah!!" Zali bersorak.
"tapi Zali kena ingat, satu hari nanti mesti ada ibu baru untuk Zali.." sambung Diana. Dia cuma ingin berkongsi kasih sayang dengan Zali. Dia tidak mahu memberikan harapan palsu. Entah kenapa Shahril terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Diana.
                Majlis perkahwinan Mira dan Ikram selesai juga. Seperti yang dijanjikan, Shahril sekeluarga meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut. Tapi tidak Diana. Bayangnya tidak kelihatan di majlis itu. Apabila di telefon, terus masuk ke peti suara. Mesej pula tidak berbalas. Shahril jelas tambah risau apabila Diana mengambil cuti tanpa pengetahuannya.
                Diana merenung ke luar jendela. Wayar-wayar halus membaluti tangan dan hidungnya. Entah sampai bila dia akan jadi begitu. Dia tidak meminta, tapi dia tahu itu ujian dari Allah S.W.T dan dia redha dengan kehendak-Nya. Kerinduannya kepada Zali amat membuak-buak. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak itu.
"jauh termenung Diana.." sapa Dr. Hasyim.
"Hasyim.. tak adalah.. bosan.. rindu ofis.. rindu Zali.."
"papa Zali tak rindu ke?"
"Hasyiiimmmm..." kata Diana sambil merenung Dr Hasyim.
"kalau rindu awak kena rajin jalankan treatment.. ni tak, langsung tak datang.. nasib saya datang rumah awak tau.."
"tak sukalah.."
"so awak sukalah kena sambung wayar-wayar ni.. D,  you are my only bestfriend okay.. saya sedih tengok awak macam ni.."
"I know.. sebab tu awak taknak rawat saya masa mula-mula dulu kan.. Hasyim, I don't feel there's someone can give me.. I'll die soon right?"
"D, don't give up.. we're gonna work on it.. saya taknak hilang bestfriend saya ni.."
"so, bila saya boleh keluar?"
"esok.. tapi kena datang check-up every week.."
"okay boss!!"
                Sudah lama Diana menghidapi penyakit jantung berlubang. Namun sejak akhir-akhir ini penyakit itu semakin teruk. Degupan jantung Diana semakin lemah. Sebaik sahaja Diana keluar dari hospital, dia terus singgah di rumah Dato' Ramli untuk bertemu dengan Zali. Memang dia rindukan Zali, melihat Zali dapat mengubat kerinduannya kepada arwah adiknya.
"Diana?" sapa Shahril, terkejut Diana berada di rumahnya bersama Zali.
"hai boss!! sorrylah.. I rindu sangat kat Zali.."
Shahril melihat Diana yang kelihatan pucat itu. "are you okay?"
"okay je lah..sorry, I didn't answer all your calls and messages.."
"it's okay.. bila you sampai?"
"dah lama.. nak baliklah ni.."
"nak I hantar?"
"kalau you hantar macam mana I nak bawa balik kereta I.."

                Diana beransur pulang. Takut disoal pelbagai soalan oleh Shahril. Lagipun dia sudah mula merasa tidak sihat. Dia tidak mahu jatuh sakit di rumah banglo milik Dato' Ramli itu.


Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: