Wednesday, October 1, 2014

Pasti #4

Seperti yang dirancangkan, Shahril dan keluarganya bercuti di Langkawi. Sudah lama Shahril tidak merasa bahagia seperti itu. Sudah lama dia tidak bercuti sejak pemergian isterinya. Memang dia sengaja menyibukkan diri dengan kerja, hanya untuk melarikan diri dari kenyataan. Shahril membina istana pasir bersama dengan anaknya.
"istana ni Zali bina untuk papa dan ibu.. Zali nak tinggal dengan ibu dan papa.."
Shahril tersentak.
"Zali.. ibu dah tak ada.. Zali tak boleh jumpa ibu dah.. tapi kalau Zali nak ibu baru boleh juga.." kata Shahril sambil tergelak.
"Zali tak kisah papa.. yang penting Zali ada ibu.. semua kawan-kawan Zali kat Taska ada ibu.."
Shahril terkedu dengan apa yang dikatakan oleh Zali.
                Malam itu Shahril tidak dapat melelapkan matanya. Zali sudah tidur bersama atuk dan neneknya di bilik sebelah. Shahril mengambil keputusan untuk berjalan di tepi pantai, menikmati angin malam yang tenang. Ini adalah kehidupan yang perlu di hadapinya. Dia dan Amyra adalah kenangan, cinta mereka memang kekal selamanya. Namun hanya di dalam kenangan. Dia perlu mencari masa depan untuk dirinya, keluarganya, dan juga Zali.
"so, how's your holiday?" tanya Mira.
Shahril masuk di dalam pejabatnya dengan semangat baru. "awesome! dah lama tak pergi holiday.."
"baguslah.. sebab lepas ni kau kena prepare untuk wedding aku pula.."
"aku nak prepare apa?"
"tangan untuk sign surat permohonan cuti aku ni.."
"kalau aku taknak?"
"aku panggil Ikram datang belasah kau.."
Tawa Mira dan Shahril mengisi ruang pejabat itu.
                Diana menghadap fail-fail di hadapannya. Banyak kerja yang perlu disiapkannya. Harinya sebagai HR manager baru di syarikat itu berjalan dengan lancar. Namun kehidupan peribadinya tidaklah selancar yang disangkakan. Amir masih mencarinya walaupun dia mencuba untuk melarikan diri daripada suami orang itu. Terkejut dia apabila melihat Amir di hadapan pintu pagar rumahnya semalam.
"you nak apa Amir?"
"I nak you.."
"berapa kali I nak cakap dengan you.. I taknak you.. you dah kahwin.. tak faham ke?"
"No Diana.. you yang tak faham I.. I tak sayang wife I.."
"tak sayang? senangnya you cakap.. ingat ni wayang cerita cinta ke?"
"tolonglah faham I.."
"you yang kena faham hidup you sendiri.. you kena faham perasaan you sendiri.. pergilah Amir.. i don't want to see you anymore."
                Seperti biasa, Diana menaiki LRT untuk pulang ke rumahnya. Dia suka menaiki kenderaan awam kerana baginya ia dapat menyelamatkan bumi. Mungkin juga dia tidak suka menghadap kesesakan lalu lintas. Tapi menaiki kenderaan awam lebih menyeronokkan. Dia dapat melihat pelbagai jenis orang di hadapannya. Seperti melihat drama kehidupan. Ada yang berpasangan, tidak kira muda ataupun tua. Ada yang sibuk dengan gadjet, dan ada juga yang membawa penampilan yang pelik.
"kenapa senyum sorang-sorang ni?"
Diana menoleh. Shahril.
"hey.. macam mana you ada kat sini?"
"saja nak rasa macam mana naik public.."
"oo.. I dengar you baru balik bercuti.."
"yup.. dah lama tak menghabiskan masa dengan keluarga dan anak I.."
"anak?"
"yup.. Zali.. by the way, thanks a lot.."
"for what?"
"your advice.. I sedar I dah lama tak menghabiskan masa dengan orang sekeliling I.."
"small matter lah.. you need it.. okay, I'll off on next station.."
"me too.."
"you tinggal Ampang juga ke?"
"no.. but I park my car there.."
Diana dan Shahril sama-sama keluar dari stesen LRT Ampang.
"so, biar I hantar you balik.." pelawa Shahril.
"no need.. I boleh jalan.. dekat je.."
"no.. I hantar.."
                Diana tiada pilihan selain bersetuju. Dari jauh lagi Diana sudah melihat kelibat Amir di hadapan rumahnya.
"eh.. ada orang depan rumah you.. family?"
"drive terus boleh tak.."
"kenapa?"
"drive je.. nanti I cerita.."
                Selepas memandu tanpa arah tuju, Shahril memberhentikan keretanya di sebuah restoran. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Perut mereka berdua perlu diisi dengan makanan. Diana hanya menurut tanpa kata. Sejak dari tadi dia mendiamkan diri. Shahril juga tidak bertanya apa-apa walaupun pelbagai soalan yang bermain di fikirannya. Kenapa Diana perlu lari dari lelaki itu? Diana hanya menjamah sedikit saja.
"done?" tanya Shahril.Diana mengangguk.
"you must be curious right?" tanya Diana pula.
"yes.. but I have no right to ask about your personal life.."
"what if I tell you.. wanna listen?"

"my pleasure.."Setelah mendengar cerita dari mulut Diana sendiri barulah Shahril tahu bahawa lelaki yang berada di hadapan rumah Diana adalah bekas teman lelakinya. Mereka sudah merancang untuk berkahwin, tapi lelaki yang bernama Amir itu ditangkap basah di sebuah hotel di Langkawi. Perkara itulah sebenarnya yang membuatkan Diana berpindah semula ke Kuala Lumpur.
"so, you dah tak sayang kat dia lagi.." soal Shahril.
"sayang.. tapi I tahu sayang ni takkan ke mana.. I bukan jenis perempuan yang suka rampas milik orang.. dia dah kahwin kan.. so, I have to moving on.."
"you rasa you dah moving on ke?"
"yes.. I do.. I moving on with my life.. ya, memang tak dinafikan bukan mudah untuk membuang rasa sayang yang bertahun dibina.. tapi kena lawan juga.."
"macam mana you boleh jadi kuat macam tu?"
"maybe sebab I dah biasa hidup sendirian.. well, I hidup je kalau dia tak ade.. lagi I nak buktikan yang I boleh hidup bahagia tanpa dia.."
                Shahril sangat menghormati Diana sebagai seorang gadis yang kuat. Pasti pada luarannya, tapi mungkin pada dalamannya. Hanya Diana yang tahu apa yang dia rasakan pada ketika itu. Hanya Diana tahu apa yang berlaku dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya Diana mampu untuk menghiasi dirinya dengan senyuman yang manis. Diana tetap menghargai kebahagiaan di sekelilingnya.



Bersambung.


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: