Monday, October 13, 2014

BegBiru vs PinkBook #7

Sudah empat tahun aku hidup di bumi Sabah, Selama empat tahun itu juga aku mempelajari cara kehidupan orang Sabah dan dialek mereka juga. Dan sekarang aku tahu bagaimana menuturkan bahasa Sabah dengan lancar. Penduduk di sini juga menerima kami sekeluarga dengan hati terbuka. Pada mulanya agak kekok berada di sini. Tapi semakin lama semakin sernok pula. Sekarang aku tengah menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang kedoktoran. Alamat jadi doktor lah aku selepas ini. Iza pula sedang melanjutkan pelajaran ke UiTM dan Mizu pula sudah berada di Australia.

Zain? Aku tak tahu berita terkini Zain. Sejak aku meninggalkan tanah melayu aku sudah tidak mendapat khabarnya. Ya memang salah aku membuatkan dia tidak menghubungi aku. Dia tidak tahu alamatku apatah lagi nombor telefonku. Aku harap dia bahagia. Selepas Zain tiada lelaki lain yang hadir dalam hidup aku. Aku tiada masa untuk semua itu. aku sangat sibuk dengan pembelajaranku. Harap Zain juga Berjaya sepertiku.

Sudah dua jam lebih aku berdiri di rak-rak buku dalam perpustakaan UMS ini. Mencari buku rujukan yang aku perlukan untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarah. Susah juga menjadi pelajar perubatan ini. Banyak yang perlu dihafal dan dilakukan. Tidak boleh leka walau seminit pun.

“Nora! Kau tahu tak tadi aku terserempak dengan salah seorang pelajar baru, budak event. Handsome nya.” Lafaz Nicky dengan bersungguh-sungguh.

“Nicky! Sshhh… kau ni, ni perpustakaan tau tak? kenapa kau berkenan ke dengan budak tu?” tanyaku menduga. Bukan aku tak tahu Nicky, dia pantang berjumpa atau ternampak lelaki kacak. Tapi cintanya tetap setia untun Haizal. Nicky menarik tanganku dan duduk di meja yang terletak bukuku.

“Dia salah seorang pelajar yang sangat popular. Tapi sombong! Budak semenanjung. Teman kau lah. Sombong macam kau.” Terang Nicky dengan suara yang lebih perlahan.

“Amboi pandai kau cakap aku sombong ya. Mulut…aku cili nanti.” Balasku kepada Nicky.

“Aku gurau ja lah. Kau taknak kah budak tu? Handsome!” tanya Nicky bersungguh-sungguh. Aku Cuma menggeleng dan terus mengemas bukuku. Nicky bukan boleh sangat di layan, ceritanya mesti sampai malam. Lebih baik aku balik daripada dengar dia meleter. Syukurlah dia bukan sebilik denganku. Jahatnya mulut aku.

“Dahlah Nicky, kalau kau nak kau ja lah yang ambil. Aku tak mahu. Aku balik dululah ya.” Balasku dan terus meninggalkan Nicky di situ.

Sebaik sahaja aku keluar dari perpustakaan melepasi pintu perpustakaan aku terlanggar seseorang dan buku serta kertas-kertasku terus bertabur di awangan. Aku cepat-cepat memungut barang-barangku.

“Nora..” lelaki itu memanggilku. Bila aku menoleh. Terkejut beruk aku melihat orang di hadapanku.

“Zain!” aku tersedar dan cepat-cepat melangkah pergi. Tidak! Aku belum sedia berjumpa dengannya. Bukan sekarang dan selama-lamanya. Aku terdengar Zain memanggilku namun tidak aku endahkan.

Aku melangkah ke cafeteria dengan serta merta selepas kelas selesai. Sungguh penat dan lapar aku rasakan. Tapi aku tidak pula terasa ingin makan Cuma minum. Bisik hatiku. Sedang enak aku menikmati nescafe ais a.k.a nescafe ping dalam bahasa Sabah, tiba-tiba sebuah buku berwarna pink diletak di atas mejaku.

“Nora the pink book.. I miss you a lot.” Lafaz lelaki di hadapanku.

“I miss you too Zain the begbiru..” jawapku tanpa segan.

 Tidakku duga aku akan bertemu dengannya semula dan menjalinkan hubungan yang tertunda hampir empat tahun. Aku sangat gembira dengannya. Semoga Allah mengekalkan hubungan kami dan menemukan jodoh antara kami. I love you so much Zain the Beg biru.




Tamat.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: