Sunday, October 12, 2014

BegBiru vs PinkBook #6

Sedar tak sedar PMR sudah sampai ke penghujungnya. Merdeka! Kata rakan-rakan sekelasku. Alhamdulillah terlepas satu beban. Sekarang aku hanya perlu menghabiskan masa-masa terakhirku di tempat ini dan mengemas kesemua barang-barangku. Kerana sebaik sahaja cuti sekolah bermula kami sekeluarga akan pergi dan berpindah ke Sabah. Tidak mungkin untuk kami kembali ke tanah semenanjung ini lagi.

Tiada seorang daripada rakan-rakanku tahu yang aku akan berpindah kecuali Mizu. Dia pun baru mengetahuinya ketika dua hari lepas. Ketika kami sama-sama menghabiskan masa di perpustakaan sekolah. Semenjak dari itu dia selalu menemaniku ke mana sahaja. Aku tahu dia sedih. Buktinya, dia mengalirkan airmata ketika aku menceritakan perkara sebenar kepada. Iza? Masih belum mengetahui. Aku tak sampai hati meninggalkan kawan karibku itu. aku juga tidak sanggup membuatnya sedih. Biarlah. Aku hanya ingin memberitahunya melalui surat sahaja. Zain juga belum mengetahui perkara sebenar. Dan aku juga telah merancang untuk tidak memberitahunya. Aku sedih Zain.

“Ada masa tak?” tanya Zain yang tiba-tiba berdiri di depanku. Aku hanya mampu mengangguk. “Jom! Ke pondok. Saya ada hal nak cakap dengan awak.” Sambung Zain lagi. Aku hanya mengikut langkahnya.

“Macam mana exam hari tu? Okay tak?” tanya Zain memecahkan kesunyian setelah lebih kurang sepuluh minit kami membisu.

“Okay. Awak nak cakap apa dengan saya?” balasku pula kepada Zain. Aku tidak mahu duduk lama-lama di situ. Aku takut air mataku akan mengalir kerana hari itu adalah hari terakhir persekolahan dan bermakna hari terakhir aku berada di sini, hari terakhir bersama Iza,Mizu dan juga Zain!

“Oh, saya Cuma ingin bagitahu saya senang dengan awak.” Jelas Zain. Aku hanya merenungnya. Apa yang cuba disampaikan oleh Zain. “maksud saya.. saya sukakan awak.” Sambung Zain lagi dengan nada yang rendah dan menghadiahkan senyuman manisnya.

Ya Allah apa harus aku katakan. Aku tak boleh menjawap ‘ya’ kepadanya. Aku akan pergi dari sini. “Awak terlalu muda untuk saya Zain.” Lafazku dengan senafas. Sungguh sakit.

“What?” tanya Zain. Mukanya menunjukkan bahawa dia terkejut. Maafkan aku Zain. “So, apa maksud buku pink ini Nora?” tanya Zain sambil mengeluarkan buku pink itu dari beg birunya.

“Saya tak boleh terima Zain. Saya minta maaf. Saya Cuma main-main.” Itu sahaja yang mampu aku ucapkan sambil tertunduk. Zain tak boleh melihat airmataku saat ini. Aku harus menahannya. Bisik hatiku.

“Fine! Kalau awak sekadar nak main-main. Puas hati awak? I wrote all my feelings into this pink book. But I think u did not need it anymore. So I’ll keep it! Good bye!” balas Zain dengan penuh marah sambil meninggalkan aku terkulat-kulat di situ. Airmataku terus mengalir deras. Iza dan Mizu datang mendekati aku. Tidak sangka aku meninggalkan sekolah itu dengan membuatkan Zain marah.

Iza telah mengetahui berita pemergianku daripada Mizu dan dia mengambil keputusan untuk menghantarku ke lapangan terbang esok pagi. Begitu juga dengan Mizu. Aku sedih meninggalkan mereka berdua. Mereka rakan yang sangat baik.

“Nora kau jangan lupakan aku tau. Kirimlah surat setiap bulan. Aku tak mahu terlepas setiap perkembangan kau.” Kata-kata terakhir Iza sambil memelukku. Pelukan yang kuat dan tangisan yang kuat juga.

“Jangan risau Iza. Aku akan kirim surat. Kalau kau nak datang Sabah cakap je dengan aku. Aku akan temankan kau. Aku saying kau Iza.” Balasku sambil meleraikan pelukan Iza. Iza memberiku sebuah buku scract. Memang itu kesukaan Iza. Melukis. Kemudian aku menoleh ke arah Mizu.

“Kau ingat hypo, aku saying sangat kat kau. Aku pun taknak kita terputus hubungan sentiasa kirim surat tau.” Pesan Mizu. Dia memberikan aku MP3 kesayangannya. Pada mulanya aku tak mahu menerimanya. Tapi Mizu berkeras nak memberikan MP3 itu kepadaku.

Akhirnya aku tinggalkan juga tanah melayu ini dengan seribu kenangan dan seribu tangisan. Bagaimana kehidupanku seterusnya di bumi bawah bayu nanti. Adakah mereka sudi menerima kami sekeluarga. Abah telah memberitahukan kami bahawa kenalannya akan menyambut kami di Kota Kinabali International Airport nanti. Aku menangis sepanjang perjalanan sehingga aku terlena. Aku menanam azam aku harus melupakan Zain a.k.a cinta monyetku a.k.a first love. Sebelum berangkat aku menulis kad untuk Zain dan meminta Iza untuk menyampaikannya:


Dear Zain the BegBiru,
I’m sorry.. I hurt u a lot. Let me go and go find someone. But one thing u need to know, I feel what u feel to me too.. from Nora the pink book.




Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: