Saturday, October 11, 2014

BegBiru vs PinkBook #5

“Penatnya hari ni. Banyak pula latihan yang cikgu bagi. Otak aku dah naik tepu dah ni.” Aduh Iza sambil menarik kerusinya di sebelah tempat dudukku.

“Sabarlah Iza. Kan seminggu lagi kita bakal menduduki PMR. Lepas tu kalau kau tak nak tengok buku pun tak apa.” Balasku sambil mengemas mejaku dan buku-buku. Tiba-tiba aku terjumpa kad yang berwarna merah jambu di laci mejaku. Dengan segera aku pun membukanya.

Hye Nora the pink book,
Good luck for your exam next week. Saya doakan awak Berjaya. J from: Zain the beg biru.

“Apa tu?” tanya Iza sambil memanjangkan lehernya ke arahku dan ingin membaca kad tersebut.

“Kad dari Zain. kau nak tahu tak? Sejak akhir-akhir ni aku selalu terlupa mengenai Zain.” Balasku kepada Iza yang setia mendengar luahanku.

“kenapa? Kau da tak berminat dengan dia lagi kah?” tanya Iza pula sambil memandang aku dengan penuh hairan.

“Bukanlah. Aku rasa kita busy sangat dengan study kut. Aku pun tak berharap sangat dengan dia. Biasalah kita kan budak-budak lagi.” Balasku dengan penuh yakin. Memang aku semakin melupakan Zain semenjak Mizu tidak mempedulikanku lagi. Aku cukup terasa dengan Mizu. Sibuk memikirkan Mizu membuatkanku terlupa dengan Zain. Huh.! Apa yang cuba aku fikirkan ni? Ini Cuma mainan remaja.

“sekarang kau nak cakaplah yang kau taknak kalau Zain nak kat kau. Nora kau janganlah cakp macam tu. Aku tengok Zain tu suka kat kau je, Cuma dia tak berani nak meluahkan.” Petah mulut Iza mengeluarkan kata-kata tersebut membuatkan aku ingin tergelak. “yang kau senyum-senyum ni kenapa? Aku silap cakap ke?” tanya Iza pula.

“Taklah. Cuma kau tu cakap macam pakar cinta je. Hei cik Iza sekarang ni masa nak study. Next week PMR tau tak.” balasku memberi amaran kepada Iza. Iza hanya berdengus menahan geram. Aku pula semakin galak menertawakan Iza. Terlupa sedikit masalahku.

Masalah? Ya sejak akhir-akhir ini keluargaku mempunyai masalah yang sangat besar. Semuanya disebabkan oleh perempuan itu. kenapa dia tiba-tiba kembali dan membuat onar kepada keluargaku yang sedia aman damai. Aku sungguh tak suka dengannya. Kalau aku ada kekuatan ingin sahaja aku menghalaunya. Tapi apakan daya dialah yang melahirkan abahku dan juga membesarkan abahku.

“Abah nak kamu bersedia dengan apa juga yang datang menimpa keluarga kita.” Kata abah dengan tiba-tiba ketika kami sedang menikmati makan malam. Aku melihat wajah abah yang sayu dan melihat wajah ibu yang sudah tertunduk.

“Kenapa bah?” tanyaku. Walaupun aku adalah anak perempuan bongsu namun aku tetap ingin mendengar masalah abahku dan aku akan cuba memahaminya. Bukan selalu keluargaku ditimpa masalah. Cuma masalah yang ini aku lihat sangat membebankan abah.

“Nora, kamu masih terlalu muda untuk memahaminya. Abah Cuma ingin beritahu mungkin selepas Nora menduduki PMR kita akan berpindah ke rumah lain.” Jelas abah. Kedengaran nafas yang dihebuskan abah begitu berat sekali. Aku melihat kakakku sudah menangis dan aku tidak mahu bertanya lagi. Tak baik menceritakan masalah di hadapan rezeki. Itulah pesan ustaz Zul.

Selesai makan malam aku pergi ke bilik kakakku dengan tujuan ingin menanyakan apa sebenarnya yang menimpa keluarga kami. Semuanya berubah apabila aku melihat perempuan itu a.k.a nenekku keluar dari rumah ketika aku balik dari sekolah tadi. Apa lagi yang dia cuba lakukan kepada keluargaku.
Aku mengetuk pintu bilik kakakku dan kedengaran jawapan daripadanya yang mengarahkan agar aku masuk.

“kakak, apa sebenarnya yang berlaku?” tanyaku kepada kakakku yang sedang membaca majalah remaja di atas katilnya.

“petang tadi nenek datang.” Jawap kakak lemah.

“Lepas tu? Dia nak apa?” tanyaku lagi.

“Dia nak jual rumah kita dan menyuruh kita berpindah ke tempat lain.” Seperti dipanah petir aku ketika itu. terkejut nak mati! Ya betul! Aku tak salah dengar. Serta merta airmataku keluar dan membasahi pipi.

“Tapi kenapa? Apa salah kita kak? Kenapa nenek sampai hati melakukan itu?” tanyaku bertalu-talu kepada kakak. Ya! Aku ingin tahu atas alasan apa dia melakukan semua ini. Aku ada hak nak tahu. Kenapa? Jerit hatiku.

“Dia berhutang dan dia telah menjual rumah kita untuk membayar hutangnya. TELAH!” jelas kakak sambil menekankan perkataan terakhir itu. “Dan sekarang kita hanya menunggu adik habis menduduki PMR. Selepas itu kita akan berpindah jauh dari sini.” Tambah kakak lagi.

Aku sudah kematian kata-kata. Aku hanya meninggalkan bilik kakakku dan kembali ke bilikku sambil teresak-esak di meja belajarku. Melihat gambarku dan rakan-rakanku di papan kenyataanku sendiri membuatkan hatiku lebih sedih dan melihatkan gambar Zain semakin menderaskan air mataku. Bermakna aku perlu melupakan segala kenanganku di sini dan melupakan Zain juga serta meninggalkan Iza, Mizu. Ya Allah Ya tuhanku, sungguh berat ujian-Mu kali ini.




Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: