Friday, October 10, 2014

BegBiru vs PinkBook #4

Aaa..!! macam mana aku boleh lambat hari ni. Marahku kepada diriku sendiri apabila aku terlewat datang ke sekolah. Itulah akibatnya kalau sibuk nak tengok rancangan tv. Sedar tak sedar bas sekolah dah meninggalkanku dan aku terpaksa menumpang bas lain untuk ke sekolah. Sungguh malang. Sebaik sahaja aku sampai, aku terus berlari menaiki anak tangga. Kelihatan Zain dan rakan-rakannya tengah berdiri di tepi tangga sambil menganggu pelajar perempuan yang lalu di situ. Apabila aku lalu di situ Zain terus berkata.

“Ha! Yang ni aku punya. Korang jangan berani-berani nak kacau.!” Langkahku terhenti dan melihat ke arah Zain. Zain tersenyum melihatku dan mengenyitkan matanya membuatkan aku terkejut dan meneruskan langkahku dengan cepat.

Seperti berada di awang-awangan apabila mendengar Zain berkata begitu kepadaku. Aku tertanya-tanya, adakah dia juga menyukaiku.. aahh..! aku tak boleh berfikir begitu belum masanya. Ada lagi perjuangan yang perlu aku selesaikan.

Oleh kerana terlalu sibuk dengan persediaan menghadapi PMR aku jadi lupa kepada Zain. Sudah lama aku tidak bersua muka dengannya. Kenapa? Sebab masa rehatku aku habiskan mengulangkaji di dalam perpustakaan sekolah. Mizu? Dia juga sudah tidak rapat denganku seperti dulu. Iza menceritakan kepadaku bahawa kekasih Mizu cemburu kepadaku yang terlalu rapat dengan Mizu. Mungkin itulah sebabnya Mizu menjauhkan diri daripadaku. Ingin pecah perut aku dibuatnya mendengar cerita Iza.

Tadi semasa aku ingin meminjam buku rujukan di perpustakaan, aku terserempak dengan Zain yang juga ingin meminjam buku rujukan di situ. Sungguh terkejut aku melihat penampilan Zain dengan rambut yang panjang sungguh menyakitkan mata aku. Zain melihatku dengan penuh hairan dan bertanya, “kenapa awak tengok saya macam tengok hantu?”

“Mana Zain yang saya kenal dulu?” balasku sambul berjalan keluar beriringan dengannya.

“Inilah Zain. Kenapa? Dah tak boleh cam saya kah?” tanya Zain dengan lembut dan menghulurkan tangannya untuk membawa buku-buku rujukan yang berada di tanganku. Cepat sahaja buku itu berganti tangan.

“No, I mean Zain yang sentiasa kemas dan segak. Kenapa awak jadi macam ni?” balasku dengan muka yang kehairanan. Aku lihat Zain tergelak.

“Awak yang buat saya macam ni.” Balas Zain dengan slumber badaknya. Aik! Bila masa pula aku buat dia macam ni. Apa yang dah aku buat?

“Eh, awak.. Saya main-main je lah. Cuba awak fikir dah berapa lama awak menghilangkan diri dari pandangan saya? Saya jadi begini sebab teringatkan awak. Dahlah, kita dah sampai kat kelas awak dah ni. Awak masuk dulu ya. See you then.” Jelas Zain sambil menghulurkan buku-buku rujukan itu kepadaku dan sebaik sahaja aku menyambutnya dia berlalu dan menghadiahkan aku senyuman yang manis itu..

“Zain.!” Jeritku dan Zain berpaling. “Cut your hair.” Sambungku dan terus  masuk ke kelas. Aku tidak sangka hari ni aku akan bertegur sapa dengan Zain, berjalan di sebelahnya dan dia menolongku membawa buku-buku rujukanku ini.

“Amboi. Patutlah lama.. jalan dengan dia rupanya.” Sapa Iza menyindir ku sambil menarik kerusi duduk di sebelahku. “wei! Kau janganlah senyum-senyum macam ni. Macam dah tak betul dah aku tengok.” Sambung Iza lagi. Aku tak peduli yang penting aku bahagia.

Keesokan harinya sebaik sahaja aku melangkah masuk ke sekolah, aku terdengar seseorang memanggil namaku dan bila aku menoleh ke belakang, Zain! Aku menghentikan langkahku dan melemparkan senyuman kepadanya.

“Lajunya awak jalan. Penat saya kejar.” Aduh Zain sambil termengah-mengah. Berpeluh-peluh kepalanya dan aku segera menghulurkan sapu tanganku. Zain menyambut dan berkata “Terima kasih.” Kami meneruskan perjalanan kami.

“awak tak Nampak kea pa yang berbeza dengan saya hari ni?” tanya Zain sambil tersenyum ke arahku. Oh! Manisnya senyuman itu.

“Rambut awak.. Nice!” jawapku ringkas. Memang itu yang menganggu pandanganku sejak tadi. Zain telah menggunting rambutnya dan Zain yang aku kenal dulu dah kembali.

“Terima kasih. Saya Cuma ikut nasihat awak je.” Jawap Zain sambil mengenyitkan matanya ke arahku. Aku terus tertunduk malu dan terasa pipiku sangat panas.

“okaylah wak, saya naik ke kelas dulu. Hari ni awak kat makmal kan. See you then.” Sambungnya lagi. Hairan! Macam mana dia tahu kelas aku mula kat makmal hari ni. Pelik.!

“Zain.. sapu tangan saya.” Tanyaku sambil menghulurkan tangan ke arahnya.

“oh! I keep it too.” Zain membalas. “dan. I like when you are blushing.” Sambungnya lagi sebelum meninggalkan aku. Ya Allah malunya aku. Aku meneruskan langkahku ke makmal sains.



Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: