Thursday, October 9, 2014

BegBiru vs PinkBook #3

Aku memegang buku warna pink itu dengan penuh semangat. Rancanganku dengan Iza untuk memberi buku itu untuk Zain sudah bermain di fikiranku. Tapi dari awal lagi aku telah menyatakan kepada Iza bahawa aku takut. Nasib baiklah Iza bersetuju untuk memberikan buku itu ke tangan Zain. Kadang-kadang aku terfikir kenapalah budak-budak seperti kami suka mengumpul biodata rakan-rakan kami terutamanya mereka yang disukai. Aku tersenyum di dalam hati.

“Semua murid berdiri!” Jerit Mizu menandakan kelas sudah habis dan menandakan bahawa rencanaku dan Iza akan dijalankan.

Bedebar-debar hatiku menapak ke kelas Zain. Aku menyerahkan buku itu kepada Iza dan memberitahu Iza bahawa aku akan menunggu diluar kelas. Aku tidak cukup kekuatan untuk menemui Zain. Aku lihat Iza keluar dari kelas itu dan diikuti oleh Zain.

“I keep it.” Kata Zain kearah dan berlalu meninggalkanku dan Iza di situ.

“Apa maksud dia Iza? Dia nak simpan buku tu ke? Eh, aku nak buku tu lah.” Tanyaku kepada Iza. Iza hanya tersenyum melihatku.

“Nora, aku dah cakap dengan dialah. Dia Cuma nak baca buku tu dulu. Dia janji dia akan pulangkan. Kau jangan risaulah. Sekarang kau belanja aku makan seperti yang telah kau janjikan. Ha ha ha.” Balas Iza dengan penuh yakin sambil megukirkan senyuman kambingnya meminta aku membelanjanya makan.

“yalah. Yalah. Kau ni pasal makan kau ingat ya.” Kataku dengan sinis menyindir Iza. Iza hanya tersenyum dan menarik tanganku. Kami berjalan menuju ke kantin untuk mengisi perut. Aku pun lapar sebenarnya. Bisik hatiku.

Dalam perjalanan ke kantin kami terserempak dengan Mizu.

“Eh Mizu! Kau nak ke mana?” tanyaku kepada Mizu yang kelihatan seperti cacing kepanasan itu. Tapi Mizu hanya berlalu tanpa menjawap apa-apa. Aku hairan tak pernah Mizu macam ni dengan aku. Iza kembali menarik tanganku dan kami meneruskan perjalanan ke kantin.

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Aku cepat-cepat kembali ke kelas. Aku tahu sekarang ialah waktu nilam di mana kami sekelas dikehendaki ke perpustakaan untuk membaca buku. Selalunya waktu nilam inilah aku akan duduk dengan Mizu membuat brainstorming untuk meningkatkan prestasi kelas kami seperti kebersihan dan disiplin. Al maklumlah kelas kami adalah kelas yang terbaik dan disayangi oleh cikgu. Selepas mengarahkan seluruh isi kelas ke perpustakaan, aku berjalan beriringan dengan Mizu ke perpustakaan.

“Mizu, kau okay ke?” tanyaku kepada Mizu sebaik sahaja kami duduk di meja perpustakaan itu. mizu tidak mengendahkan aku. “Mizu, cikgu marah kau ke? Ceritalah kat aku.” Tanyaku lagi.

“kau boleh tak diam! Asyik cakap je, sakit telinga aku tahu.!” Balas Mizu dengan penuh marah membuatkann aku terkejut. Aku terus meninggalkan Mizu di situ berseorangan. Mizu..kenapa dengan kau..
Sedar tak sedar cepat masa berlalu dan kami akan bakal menempuhi peperiksaan PMR dalam bulan Ogos nanti. Aku sudah melepaskan jawatanku sebagai Head girl dan begitu juga dengan Mizu. Aku dan Mizu semakin rapat. Bagai isi dan kuku. Di mana Mizu di situlah aku. Tapi ini tidak bermakna bahawa aku melupakan Zain. Aku masih meminatinya. Mizu pula sudah mendapat teman a.k.a kekasih. Ha ha ha. Teringat aku alkisah di mana dia memarahiku di perpustakaan, rupa-rupanya dia mempunyai masalah dengan teman wanitanya tapi dia segan untuk memberitahuku.

Zain pula sampai sekarang tidak memulangkan buku pink itu. entahlah apa yang dia nak buat dengan buku tersebut. Aku hanya membiarkan sahaja. Malas untuk meminta balik buku itu walaupun aku sangat sayangkan buku itu. aku sudah berjanji dengan ibu bapaku bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh tahun ini untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR nanti.

“Nora, kau tahu tak yang kita akan dipindahkan ke sekolah baru tahun hadapan?” tanya Iza kepadaku.

“Tak ada pun. Mana kau tahu?” tanyaku dengan penuh hairan kepada Iza.

“ha. Aku dengar tadi guru disiplin tengah bercakap dengan Penyelia petang.” Jelas Iza. Aku mendengar dengan penuh hairan. Kenapa mesti kami dipindahkan. Apa yang bermain difikiranku ketika itu Zain. Maknanya aku tak akan berpeluang untuk berjumpa Zain lagi.

Setelah selesai menikmati makanan di kantin aku dan Iza bergerak ke tepi longkang. Tempat yang selalu aku dan Iza habiskan sebelum loceng menandakan waktu rehat itu berbunyi. Salah satu sebab kenapa aku suka duduk di situ kerana Zain selalu lepak di tangga hadapan longkang itu ketika waktu rehat. Kata-kata Iza masih bermain difikiranku sambil mataku menatap wajah Zain dari jauh. Tiba-tiba aku tersedar. Buku pink! Di dalam pelukan Zain. Zain tersenyum melihatku dan menunjukkan buku tersebut. Aku terus berdiri dan menuju ke arahnya. Tapi sebaik sahaja aku memulakan langkah, loceng sudah pun berbunyi dan Zain lantas lesap.







Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: