Wednesday, October 8, 2014

BegBiru vs PinkBook #2



Beg biru ataupun nama sebenarnya Mohd Zain. Pelajar tingkatan satu sekolah aku. Bagaimana aku mengenalinya? Kelasnya benar-benar berada di sebelah kelasku. Lelaki yang kacak, berkulit putih, bermata bulat, tinggi, lebih senang cerita memang perfect dilahirkan sebagai seorang insan yang bernama lelaki. Menurut penyiasat persendirianku atau lebih dikenali sebagai Ima iaitu sepupuku, dia seorang pendiam dan pemalu dan ramai juga peminat. Baru masuk sekolah dah ramai peminat dan salah satunya aku lah.
     Ceritanya bermula bila Iza selalu menyuruhku memanggil nama ZAIN apabila sekumpulan pelajar lelaki junior lalu di hadapan kami. Aku pun tak tahu mana satu sebenarnya Zain. Tapi bila Iza memberitahuku siapa sebenarnya Zain, baru aku teringat dialah lelaki yang selalu merenungku di kelas sebelah. Macam mana aku boleh tak tahu. Zain head boy kat kelas dia, dan aku head girl kat kelas aku. Aku selalu terjumpa dengannya apabila meeting antara head class di adakan. Tapi tak pula aku tertarik dengannya.

“hoi hypo! Jauh termenung. Ingat siapa?” sergah Mizu mematikan lamunanku sambil menarik kerusi duduk di depanku. Nak mati tekejut aku di buatnya.

“kau ni Mizu. Kacaulah.! Aku baru berangan-angan putera idaman aku.”  Balasku sambil mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen. Aku tahu Mizu mesti menyuruhku mencatat nama mereka yang tak hadir hari ni.

“Tengok tu! Berangan tak habis-habis. Baik kau buat kerja kau tu dulu. Aku nak hantar kat cikgu Azni. Nanti bising pula dia.” Arah Mizu sambil membuang pandangan di luar.aku dengan tidak melengahkan masa membuat kerjaku.

“wei, kenapa aku tengok budak junior tu asyik tengok kau je? Aku tengok kau taklah cantik sangat hari ni. Sama je macam hypo.” Luah Mizu sambil menggelakkan aku. Aku pun dengan cepat mengalihkan pandangan di luar sana. Siapa yang Mizu maksudkan. Zain! Desis hatiku.

“Sudah! Kau jangan nak mengarut. Ni dah siap. Kau hantar kat cikgu Azni. Nanti bising pula dia.” Lancar mulutku menuturkannya sambil menekan suaraku di ayat yang terakhir itu. Sengaja ingin mengajuk katanya.

“Bukanlah. Sejak akhir-akhir ni budak tu selalu perhatikan kau. Aku jelouse tahu tak.” Balas Mizu.

“ai..sejak bila kau tahu jelouse ni Mizu. Kau kan selalu cakap aku ni hypo. Takkanlah kau suka kat aku. Ha ha ha.” Balasku sinis. Sengaja mengenakan Mizu. Mizu melihatku dan berdiri, mengambil kertas di tanganku dan berlalu pergi. Ish..merajuk pula Mizu ni. Bisik hatiku. Aku mengalihkan kembali pandanganku ke kelas sebelah. Yang si Zain pula tak berhenti merenungku. Aku melambaikan tanganku. Dia terkejut dan terus masuk ke dalam kelasnya.

“Iza, kau rasa macam mana aku boleh kenal lagi rapat dengan Zain tu ya? Tunggu dia tu slow sangat.” Aduku kepada Iza. Iza berhenti mengunyah makanannya yang hampir habis tu.

“Ala.. kau suruh je dia isi buku biodata kau tu. Nanti mesti dia nak juga biodata kau kan. Lepas tu bolehlah kau rapat lagi dengan dia.” Cadang Iza. Aku tak tahu macam mana Iza boleh terfikir carat u. aku sendiri tak terfikir.

“Betul juga. Bijaklah kau Iza. Tapi kau kena selesaikan yang ni.” Balasku sambil menyiku tangan Iza. Romeo Iza dah datang. Iza dengan muka terkejutnya terus berdiri namun aku sempat menarik tangannya dan mengisyaratkan agar dia duduk. “at least cakaplah something. Takkan nak blah camtu ja.” Bisikku kepada Iza.

“Hai girls. Sihat tak? Lama tak Nampak,terutamanya Iza. Rindu hati romeo tau.” Tegur romeo yang duduk di hadapan kami tanpa dijemput. Dia tak sudah-sudah mengayat Iza. Dah lah Iza ni susah nak cairkan. Iza seperti biasa tidak mahu melayan Romeo.

“Kami sihat Romeo. Biasalah busy sejak akhir-akhir ni.” Balasku dengan oenuh senyuman sambil menoleh kea rah Iza yang sudah sedia melemparkan pandangannya ke luar kantin.

“Iza, kenapa diam je? Sihat tak ni?” tanya Romeo.

“Mood aku mesti hilang bila kau datang Romeo. Dah lah aku dan Nora ada kerja lagi ni. Bye!” balas Izan dengan terpaksa dan terus menarik tanganku meninggalkan Romeo yang terkulat-kulat sendiri.



Bersambung.


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: