Tuesday, October 7, 2014

BegBiru vs PinkBook #1

“Nora! Kenapa kau tak datang sekolah semalam?” Tanya Iza dengan penuh tanda tanya. Mana taknya aku kan memang tak pernah ponteng sekolah. Almaklumlah, aku ni penolong ketua kelas. Ceh! Bangga sangatlah dengan jawatan tu. Aku bukannya nak pun,tapi dah classmate aku undi. Aku pun setuju ja lah. Nasib baik ketua kelas aku tu bff aku juga. Dengan kata lain bestfriend forever siapa lagi kalau bukan Mizu. Pelik tak nama dia? Nama penuh dia Mohd Mizuan. Kami ni boleh dikira bagai isi dan kuku. Di mana dia, di situlah aku. Dan begitulah juga sebaliknya.

               “kenapa Iza? Kau rindu aku ya? Relaxlah. Aku dating satu hari je kot.” Balasku kepada Iza sambil melangkah ke dalam kelas bersama dengannya.

            “kau tahu tak Mizu pun tak datang? Habis huru hara kelas kita.” Terang Iza dengan satu nafas.

              “wait! Apa! Mizu tak datang? Ish.. mizu ni saja cari pasal dengan aku. Aku dah bagitahu kat dia aku tak datang semalam. ” geramnya aku..! memang aku bagitahu Mizu aku tak datang supaya dia hadir handle kelas.

             “dah.. dah.. kau jangan buat muka ketat kau. Tak cantik. Tu si beg biru tengah tengok kau tu.” Usik Iza kepadaku. Apabila aku memandang kelas yang betul-betul berada di seberang kelas aku si beg biru benar-benar sedang merenungku. OMG! Handsomenya dia. Gumam hatiku.

               Beg biru? Siapa gerangannya. Aku ni kira secret admire dialah. Lepas tu dia pula secret admire aku. Ha ha ha. Boleh tak? Aku kenal dengan dia dari kawan aku Iza. Mulanya aku suka-suka kacau dia. Yalah aku kan budak nakal. Entah macam mana aku tertarik dengan dia. Mungkin sebab muka dia macam Yusri Kru kot. Tapi sayangnya dia junior aku. Tapi itu tak mematahkan semangat aku untuk menjadi stalkernya.

Seperti biasa, setiap hari jumaat sekolah aku ada perhimpunan rasmi. Aku punya sesi persekolahan sebelah petang. Macam biasalah, aku dan Iza duduk kat belakang sekali. Supaya kami boleh duduk masa cikgu ‘meleter’. Jahat aku cakap macam tu dengan cikgu aku. Tiba-tiba Iza menyiku tanganku sambil mengenyitkan matanya ke sebelah kanan. Aku pun tengoklah sebelah tangan. Si beg biru…!

       “mak aih.! Kenapa dia tengok aku dari atas ke bawah Iza. Ada yang tak kena kah dengan tubuh badan aku hari ni?” aku tanya Iza. Iza tergelak-gelak sambil menjawap.

         “kau cantik sangat hari ni. Tu yang dia tengok tu.”

      “kau janganlah peril aku Iza. Aku tahulah aku hitam. Ha ha ha.” Jawapku sambil tergelak. 
    
         “tapi aku takutlah dia tengok aku cam tuh.” Sambungku lagi.

    “kau pergilah tanya dia kenapa dia tengok kau. He he he.” Sengaja Iza mempermainkanku. Dia tahu aku akan melakukannya.Dengan tak melengahkan masa lagi, aku pun jalan ke arah si beg biru. Dengan cepat dia melarikan pandangannya.

       “apa masalah kamu Nora?” tanya cikgu yang sedang berucap di hadapan. Aduss.! Macam mana aku boleh lupa yang aku ni sedang berada di dalam satu perhimpunan. Langkah ku terhenti di situ dan cikgu memanggilku ke hadapan. 

           Oleh kerana ketelanjuran kelakuanku itu. Aku didenda berdiri di hadapan sehingga tamat perhimpunan. Aku sudah melihat muka-muka rakan sekelasku tergelak. Teutamnya Iza dan Mizu. Malu.. mana aku nak letak muka aku ni.

           “lawak betullah muka kau kat depan tu. Ha ha ha.” Gelak Iza tak habis-habis ketika kami berada di dalam bas sekolah.

         “kau tak habis gelak lagi ke? Nak aku sumabt mulut kau tu pakai botol ni.!” Marahku kepada Iza. Ternyata dia cuba menahan gelaknya.

      “okay.okay. aku minta maaf.” Balas Iza sambil menutup mulutnya. Masih kedengaran sisa-sisa gelaknya. 

      “tapi kau tak tengok muka beg biru tadi. Risau gila tengok kau kat depan tu.” Sambung Iza. Aku melihat wajah Iza. Namun tiada jawapan dariku. Aku malas memikirkan apa-apa lagi. Malu sangat tentang diriku tadi.

      Selepas menunaikan sembahyang ishak aku pun menghadap meja study ku. Terngiang-ngiang lagi bagaimana malunya aku. Tapi bila memikirkan si beg biru, betulkah apa yang Iza katakan. Beg biru, beg biru, kalau aku mengenangkan kau sampai kiamat pun kerja sekolah aku ni tak siap. Gumam hatiku sendiri. Beginilah kebiasaanku selepas sembahyang ishak aku akan mengerjakan semua kerja sekolah yang cikgu beri.




Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: