Saturday, September 27, 2014

Zaman gemilangan

Pada 1 malam yang indah di ketika aku sedang menolong mama memasak di dapur.. mama tiba-tiba meminta aku menyanyikan lagu-lagu zaman kegemilangan pertandingan karaoke aku dulu.. ceh!!

so, oleh kerana tak mahu lupa.. aku mau list lah lagu-lagu yang pernah aku bawa masa karoke dulu..




perutusan hiba- 
ni masa mula-mula aku berani sertai pertandingan nyanyian.. masa umur 9 tahun.. Alhamdulillah tempat pertama.. wakakaka.. (masih tak percaya)



Kemelut Di muara kasih-
Masa umur 10 tahun.. pertama juga kononnya..hahaha




Ungkapan Kata bernafas cinta-
masa umur 11 tahun.. pertama juga.. :p



Mama aku ingin pulang-
12 tahun..hehehe.. drama sangat nyanyi lagu ni.. pertama..



Mengapa-

masa umur 15 tahun..Yang ni aku tak tahu keputusan.. sebab aku dapat hadiah untuk tempat terakhir, tapi ketua pengadil cakap kat aku masa aku ambil hadiah sebenarnya orang salah umum, aku tempat pertama.. adakah dorang baca turn performance, bukan result.. memang lucu..tapi, aku tak kisah sebenarnya..



Yang ni penutupan sebelum aku menamatkan zaman karier nyanyian dalam pertandingan karaoke.. aku dapat tempat kedua tak silap..

tahu tak apa yang best bila kita dapat hadiah untuk sesuatu pertandingan? di situlah di mana seluruh keluarga datang berikan sokongan padu.. lepas tu aku suka kalau dapat hamper daripada dapat piala.. sebabnya aku boleh share makan dorang hamper tu pada keesokan harinya.. Bukan semata-mata kerana nama.. 

Bila aku dah masuk U, orang anggap aku dah jadi penyanyi professional. tapi sebenarnya aku masih kampungan.. HAHAH.. banyak lagi hebat dari aku.. apa-apa pun terima kasih kepada bapa sebab melatih vocal dan cara nyanyian aku..walaupun masa latihan tu aku rasa perit nak mati yang teramat sangat..

ada juga bertanya mana aku belajar menyanyi? dan aku cakap bapa aku.. ada request nak belajar juga, tapi aku better ceritakan dulu bagaimana bapa melatih seseorang.. bapa adalah last choice.. lepas cerita memang mereka takut dan cancel.. 

btw, bapa ambil alih latih aku sebab aku punya cikgu vocal yang sebenar meninggal dunia.. serius, masa arwah masih ada aku kena tengok dia masa perform.. sebab aku tak yakin.. mungkin sebab tu lah sekarang (sejak arwah meninggal), aku dah tak boleh kawal perasaan masa atas pentas.. jadi neves dan tak yakin.. 

Al-Fatihah buat arwah..


p/s: btw, aku tak pandai latih vocal.. tapi aku boleh dengar kesalahan orang dalam nyanyian.. so, jangan minta ajar vokal dengan aku.. hahah


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: