Tuesday, September 30, 2014

Tangisan Marhaenis


Bayang bayang khayal
Berteraskan iman
Terbang ke awan
Lewat angan-angan
Mengintai di lembah
Rindu bermula
Bukan hanya kata berperi
Adat berbudi nak berbalas budi
Kalau merajuk cinta tak sudi
Mana lagi nak menumpang kasih

Ranting-ranting hasad
Tak menghambat langkah
Kau yang merdeka
Pedih luka-luka
Kau jadikan lagu
Kisah hidup mu
Moga menjadi cermin insan
Buat pedoman dalam perjalanan
Guruh berdentum memanggil hujan
Isyarat ada petualang

Seni perkara yang terpaling
Halus atas dunia
Seni juga medan yang terutama
Mengasuh rindu
Melentur jiwa
Hingga sempurna
Biar nanti lalang yang bergoyang
Terlihat kau angin
Tangisan marhaenis
Kau dah faham
Tanpa kau menyusur air mata

Bukan hanya kata berperi
Adat berbudi nak berbalas budi
Guruh berdentum memanggil hujan
Isyarat ada petualang


lagu ni sangat mendalam kan lirik dia? sampai aku pun pening nak terjemahkan macam mana.. otak sastera aku ni dah berkarat.. nampak macam senang, tapi hakikatnya tidak.. huhuhuhu..

tapi apa yang aku faham mungkin lagu ini mengisahkan tentang perjalanan seorang insan yang lahir di dunia.. lagu ini disampaikan hanya untuk menjadi teladan mereka yang bersenang-lenang di dalam hidup mereka tanpa mengira akibatnya masa hadapan..



ia adalah nasihat,
ia adalah peringatan,
ia adalah seni,
yang halus dan sukar difahami..






♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: