Thursday, September 18, 2014

Rare?

Hai lelaki. Awak nak jadi pakwe rare tak? 1 je: Jangan bincang langsung hal seks atau buat sesuatu ke arah seks dengan makwe sebelum kahwin. - Terfaktab's twitter


aku tergelak ja baca ni tau.. ha ha ha ha.. sebenarnya tweet yang Terfkatab post setiap hari sangat cool.. aku rasalah.. hahaha.. ada yang terkena batang hidung sendiri..

oh, ya.. aku meneruskan lagi tulisan cerpen aku.. tak sahut cabaran pun.. mahu cabar diri sendiri ja.. nampak macam tajuk KAKU.. sebab aku dah lama tak menulis cerita.. aku baca, macam bodoh je cerpen-cerpen tu semua.. ha ha ha ha..

Nanti aku nak post fav cerpen ever aku.. yang aku buat.. sampai ada yang suruh aku hantar cerpen tu kat penulisan2u. tapi aku rasa aku tak layak.. sebab bahasa aku tunggang terbalik.. walaupun aku ni pelajar sastera masa spm dulu.. tapi aku tak pandai sangat nak susun atur ayat.. hahahaha.. kesian kan..

huh.. petang ni aku ada kelas renang.. dan buat pertama kalinya, aku akan ke kolam renang.. harap-harap aku dapat aplikasikan apa yang adik aku ajar masa cuti sem hari tu.. susah payah dia ajar aku supaya pandai berenang.. wakakaka... kalau tak, sia-sialah kulit aku terbakar..

Esok si benji konvo, petang.. aku rasa macam tak dapat pergi ja.. sebab aku dah janji ngan yana nak pergi rumah dia esok.. alamak.. kalau dapat pergi kejap pun boleh kut.. kesian si benji kan.. kawan merangkap uncle sejak kecil lagi.. he he he he.. Inn Shaa Allah kalau sempat aku pergi..


♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: