Wednesday, September 10, 2014

perumpamaan

"ada rahmatnya bila tidak lagi bersama, terasa jauh diriku dengan dosa"~ Alasanmu, Exist


bila kau rasa kau sudah melangkah,
tapi sebenarnya kau belum sempat mengangkat kaki lagi.. 
sebab, setiap kali kau berniat untuk melangkah, 
tangan kau akan ditarik dan digenggam.. 
apabila kau selesa digenggam, 
tiba-tiba kau dilepaskan tanpa kerelaan dan berniat untuk melangkah semula..

kau dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh.. 
tanpa kau sedari kau membakarnya sedikit demi sedikit, 
tapi dia tetap bertahan dengan lebihan minyak yang kian kering..
adakah minyak itu sentiasa ada?

bila kau rasa diri kau umpama layang-layang yang dibiarkan terbang tanpa terputus talinya.. 
namun lama-kelamaan tali itu semakin rapuh dan kau semakin melayang..
entah ke mana..

bila kau rasa ingin menangis sepuasnya apabila melihat ke dalam matanya,
bila kau rasa ingin mendakapnya sepenuh jiwa,



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: