Monday, September 29, 2014

Pasti #2

"oo.. okay.. hai.. miss.."
"just call me Diana.."
"hai Diana.. nice to meet you.." Mira menyalam Diana. Boleh tahan cantik, bisik hatinya.
"Mira, saya nak awak tunjuk Diana ofis dia dan kenalkan dia kepada semua orang.. okay?"
"okay Dato'.."
"Shahril mana?"
"meeting room.. ada client datang.."
"hmm.. okaylah, saya nak masuk bilik dulu.."
                Mira dan Diana tersenyum dan menghantar Dato' Ramli dengan pandangan mata hingga ke dalam bilik.
"so, shall we?" tanya Mira.
"ya.."
                Seperti yang diarahkan, Mira membawa Diana melawat satu syarikat, memperkenalkan Diana kepada semua staf dan terus menghantar Diana ke pejabatnya.
"Diana, nanti lunch nak pergi dengan saya?"
"hmm.. boleh juga.."
"okay.. nanti pukul 12.30 saya tunggu kat reception.."
"set!"
                Shahril baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat melihat Mira yang sedang berjalan di hadapannya.
"MIRA!"
                Langkah Mira terhenti.
"dah habis meeting?" tanya Mira.
"dah.. kau dari mana ni?"
"baru hantar HR manager baru kat ofis dia.."  mereka meneruskan langkah.
"eh, Tracy dah ada pengganti.. aku tak tahu pun.."
"dah.. and she's a hot girl with hijab.. nanti lunch pergi sama lah.. dia join sekali.. boleh kau kenal ngan dia.."
"oo.. orait.. no hal.."
                Shahril dan Mira berjalan seiringan menuju ke meja penyambut tetamu. Diana sudah berada di sana berbual-bual dengan penyambut tetamu syarikat itu.
"dah lama tunggu?" tanya Mira.
"nope! baru je.. saya bosan.. tu yang datang dulu.."
"oh, ya! this is Shahril..anak Dato' merangkap naib CEO syarikat ni.."
"oo.. haii.. Diana.." Diana menolak apabila Shahril menghulurkan salam. Tolakan itu diiringi dengan senyuman yang sangat manis.
"so, jom!" ajak Shahril menutup malu.
                Seperti biasa, Shahril dan Mira memilih warung tepi jalan untuk menjamu selera. Diana hanya mengikut sahaja memandangkan dia tidak arif akan tempat itu.
"Diana, tak kisah makan kat sini?" tanya Shahril.
"taklah.. lagipun tempat ni nampak menyelerakan.. rindu kampung.."
"wait, awak asal dari kampung?" tanya Mira.
"last I checked yes.. asal dari kampung" Diana menjawab dalam tawa yang kecil.
"before ni kerja kat mana?" tanya Shahril pula.
"Langkawi.."
"Langkawi? wah best lah.. anak dah berapa orang?" Miraseloroh bertanya.
Diana tergelak besar. "Mira, do I look like married woman?"
"no.. but you're wearing ring.. are you getting married?"
"taklah.. my late mother yang bagi.."
"boyfriend takde?"
Diana menggeleng.
"so, single and available la ni?"
"last I checked yes.. awak berminat kat saya ke?"
Tawa Mira pecah juga akhirnya. "taklah.. awak ni lawak lah Diana.. by the way, samalah dengan bos kita ni.. dia ni duda terhangat di pasaran tau!"
Shahril tiba-tiba terbatuk. Diana menghulurkan air kepada Shahril. "are you okay?"

"Miraaaaaa..."



Bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: