Sunday, September 28, 2014

Pasti #1

"Shahril, dah 5 tahun arwah pergi.. kamu carilah pengganti.. mak dan ayah okay je.."
                Ayat itu sering bermain-main di fikiran Shahril. Bukan dia tidak mahu mencari pengganti, tetapi kenangannya bersama arwah Amyra masih hangat. Seperti baru semalam mereka bercinta, seperti baru semalam mereka menghabiskan masa mereka di universiti bersama-sama. Shahril merenung gambar arwah isterinya dan anaknya, Zali 5 tahun yang lalu.

"kasihan Zali.. dia perlukan kasih sayang seorang ibu.."
                Sekali lagi suara ibu mertuanya bermain-main di minda. Ya, arwah Amyra meninggal semasa Zali berumur setahun. Masih belum sempat mencipta memori bersama ibu tercinta. Memang seringkali Zali mempersoalkan dimanakah ibunya? dan seringkali itu jugalah Shahril menjawab dengan jawapan yang sama.

"ibu dah pergi tempat yang jauh.."

                Shahril serta-merta kembali ke alam nyata apabila mejanya diketuk oleh setiausahanya yang bernama Mira itu.
"anything Mira?"
"your client dah ada kat meeting room.."
"okay, a minute.."
                Shahril terus mencapai fail di sisi mejanya dan berjalan keluar dari pejabatnya.
"Shahril.."
                Shahril menoleh. Mira memanggilnya.
"it's been 5 years Shahril.. let her go.. we all loved her.."
                Shahril hanya tersenyum dan terus melangkah. Mira adalah rakan baik arwah Amyra semasa mereka berada di universiti. Malah mereka bertiga berada di dalam syarikat yang sama ketika berkerja. Pemergian Amyra banyak mengubah hidup mereka, namun yang paling banyak berubah adalah Shahril. Tiada lagi senyuman manis di wajah kacaknya, tiada lagi semangat kerjanya, satu-satunya nafas bagi dia meneruskan hidup adalah Zali. Malah, ketika arwah Amyra baru meninggal dunia Shahril pernah mencuba membunuh diri dengan menelan pil tidur yang berlebihan.
"Mira.." panggil Dato' Ramli, CEO syarikat itu. Merangkap ayah kepada Shahril sendiri.
"yes Dato'?" Jawab Mira, hairan melihat gadis muda di sebelah Dato' Ramli.
"jangan tengok macam tu lah.. this is Diana, our new Human Resource Manager.."



Bersambung.
♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥