Thursday, September 25, 2014

Kaku #9

+ hai.. ni Laila ke?

Aku membaca mesej yang baru aku terima. Unknown number. Apakah? Siapakah? Aku terus membalas.

- yup.. ni siapa?
+ Zack.. Remember me?

Aku mengingat-ingat insan yang bernama Zack.

- Sorry.. tapi Zack mana satu ya?
+ Zakwan.. kawan Farhan.. yang datang lepak sekali kat mamak semalam.

Aku menepuk dahi aku. Ya, aku baru teringat Zack. Lelaki tampan yang datang bersama Farhan masa tengok perlawanan bola dekat mamak semalam. Tapi aku tak ambil kisah pun pasal Zack, yang penting Chelsea tengah main kat skrin depan tu.

+ hellooo... by the way, I nak kenal dengan u.. boleh?

Mamat handsome nak kenal dengan aku. Jangan lepaskan peluang. Bukan selalu nak dapat dengan rupa aku yang tak berapa nak menawan ni.

- boleh.. dapat nombor dari Farhan ek?
+ yup.. nanti kita keluar boleh?

Ajak aku keluar pula tu. Jangan harap aku nak keluar berdua dengan kau. Walaupun dirimu tampan, hatimu belum ku ketahui lagi.

- boleh.. nanti ajak Farhan sekali. Ramai-ramai baru best
+ Tapi I nak keluar dengan u. Only u..

Bedebah punya lelaki. Aku kata keluar beramai-ramai, nak keluar berdua pula.

- Inn Shaa Allah.. I tak janji.. sebab I tak biasa keluar berdua ni.
+ susah saya dapat nombor awak dari Farhan tau. Dia siap pesan kat I yang you tak sesuai dengan I.

Apa kes Farhan ni? potong jalan betullah. Aku terus mendapatkan Farhan untuk bertanya lebih lanjut. Kebetulan dia hanya duduk di sebelahku ketika itu.

"wei, kau bagi no aku kat Zack eh?"
"dia mesej kau ke?"
"ye lah.. dia cerita kau siap sound dia lagi.. pe kes?"
Farhan tergelak. "aku saja.. wei, aku nasihatkan kau.. kau jangan layan sangat Zack tu.. Aku tak izinkan kau keluar berdua dengan dia.."
"kenapa?"
Lama Farhan berfikir. Mungkin tak terluah.
"dia player ek?" tanyaku.
"look, kau kawan aku.. dan aku kawan dia.. kau baik.. aku taknak dia rosakkan kau macam perempuan lain yang dia buat.."
Aku mengangguk-angguk. Boleh tahan juga Zack ni. "habis tu kenapa kau bagi nombor aku kat dia?"
"sebab dia tak berhenti paksa aku.. aku pun terbagilah.."

Oleh kerana nasihat daripada Farhan, aku terus membatalkan hasrat untuk mengenali Zack lebih dalam. Takut juga dia buat apa-apa kat aku, walaupun dia kata dia ikhlas berkawan dengan aku. Tapi macam yang AR cakap, lelaki menggunakan persahabatan untuk mengorat. Entah betul atau tidak, tapi aku percaya.

Bukanlah bermakna aku taknak berkawan dan anti kepada lelaki. Tapi aku berhati-hati. Aku tetap berkawan, tapi kalau nak keluar berdua tu jangan haraplah. Aku taknak memberikan harapan. Aku takkan pernah menghubungi mereka dulu kecuali mereka menghubungi aku. Aku saja nak uji. Zack? dia dah pergi bila aku tak layan dia. Dah berkawan dengan orang lain pun.

Aku masih begini, meneruskan kehidupan tanpa lelaki yang bergelar kekasih. Aku dan AR juga sudah berhubung semula sebagai kawan, tapi untuk bercinta semula tu amat mustahil. Bagi aku, sekali dia curang tak mustahil dia akan buat lagi kan.

Bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: