Wednesday, September 24, 2014

Kaku #8

Bagaimana pedihnya untuk kita mengetahui hakikat sebenar, hidup perlu diteruskan. Kerana lebih banyak halangan dan rintangan pada masa hadapan. Itulah yang aku lakukan. Mencuba kuat untuk melangkah tanpa AR. Aku putuskan segala hubungan dengan dia agar proses aku melupakannya akan lebih berkesan. Nasib baiklah aku ada kawan-kawan yang sentiasa ada di sisi. Kalau tidak, entah apalah yang akan berlaku.

"Laila!aku ada benda nak minta tolong ni.. boleh?" tanya Syaz.
"nak minta tolong apa?"
"aku ada suka sorang junior ni.."
"okay.. so, kau nak aku pergi usha dia ke?"
"tak.. kitorang dah kenal dah.. tapi dia dah ada boyfriend.."
"ha? dah tu kau nak apa?"
"aku nak tinggalkan dia.. tapi dia takkan berganjak kalau aku tak ada girlfriend.."
"dah tu, cari je lah girlfriend.. apa masalahnya.."
"masalahnya.. aku tak ada.. dan aku nak kau berlakon jadi girlfriend aku.. boleh?"
"HA!!! kau gila ke?"
"boleh lah.. depan dia je.. please.. please.."
"hmmm! okay fine! aku tolong.."

Syaz bersorak sakan apabila aku bersetuju nak tolong dia. Geram pula aku dengan budak perempuan tu, dah ada boyfriend nak juga pasang spare part. Tak padan dengan junior. Nasib baik Syaz nak tinggalkan budak tu, kalau dia nak teruskan juga memang aku hempuk kepala dia dengan fail aku. Biar mereng otak dia.

Sejak dari hari tu, aku pun jadi 'girlfriend' Syaz. Tapi hanya ketika kami berada di hadapan perempuan tu je. Kami sengaja tukar gambar profile Facebook gambar kami berdua supaya perempuan lagi nampak dan sedar.

"Laila! Laila! Laila!" jerit Syaz dari jauh sambil berlari mengejar aku di hadapan. Aku menghentikan langkah.
"kau dah kenapa?"
"kita berjaya!! yes!"
"berjaya apanya?"
"dia percaya aku ada kau.." bersungguh Syaz berkata sambil tergelak.
"okay.. tapi kenapa kau macam tak sedih je? you lost her kut.."
" sayang tapi aku lagi geram dengan apa yang dia buat.. sekarang aku dah puas hati!"
"so, lakonan kita dah selesai kan?"
"yup.. thanks a lot Laila.."

Akhirnya lakonan aku jadi 'girlfriend' Syaz berakhir juga. Kalau ada anugerah pelakon terbaik, tentu aku dah dapat. Sampaikan ada yang sangka kami betul-betul pasangan kekasih. Sebab lakonan itu jugalah lelaki tak berani dekat dengan aku. Nasib baik Fitri minta penjelasan aku dulu pasal Syaz. Mulanya dia tak setuju. Tapi aku dah cakap aku nak bantu.

"Laila, kau pernah terfikir tak yang Syaz tu betul-betul suka kat kau?" tanya Zie.
Aku ketawa. "tak adalah.. mustahil.."
"betul lah.. kalau dia suka kau macam mana?"
"entahlah.. aku tak terfikir pun macam mana.. kenapa kau tanya?"
"kalau Syaz tak suka.. dia tak beli teddy bear ni untuk kau.." Kata Zie sambil memberiku satu kotak yang berisi Teddy Bear.

Aku masih menganggap Syaz itu kawan aku. Mana mungkin dia suka kat aku. Ini hadiah atas dasar kawan, ataupun reward aku sebab dah bantu dia menyelesaikan masalah dia. 

AKu menggeleng-gelengkan kepala. "tak.. kau jangan salah faham.."

Bersambung. 

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: