Tuesday, September 23, 2014

Kaku #7

Pilihanku untuk bersama AR memang tidak salah. Walaupun kami berjauhan, kami tidak pernah bertengkar seperti mana pasangan lain yang bercinta. Aku senang dengan AR kerana dia tidak pernah mengongkongku untuk melakukan apa saja. Yang penting aku tahu menjaga diriku dan sentiasa ingat status aku sebagai kekasihnya.

Rakan sekelasku juga nampaknya satu kepala dengan aku. Tidak susahlah untuk aku menyesuaikan diri bergaul bersama mereka walaupun pada mulanya aku tidak dapat membiasakan diri berjauhan dengan keluarga. Satu nasihatku, jika sedang berjauhan dengan keluarga maka  berkawanlah. Sebab dengan kawan lah kita dapat mengubat kerinduan itu.

+ hai dear, tengah buat apa tu?
- baru habis kelas.. u?
+ samalah.. kenapa tak mesej?
- baru keluar kelas sayang.. takkan nak mesej terus..
+ so, macam mana kelas?
- macam biasa.. btw, semalam ada club registration.. adalah sorang mamat ni mesej I..
+ mesej u? cakap apa?
- nak berkenalan lah..
+ u balas?
- hahaha.. balas je.. 
+ hati-hati sayang.. lelaki ni nak mula mengayat bila dia nak berkenalan..
- u takut ke?
+ mestilah I takut.. I sayang u kut.. u je yang tak sayang I
- don't worry lah.. I do love u now.. u je tak perasan I dah start cakap 'i love u too'
+ saja nak cuba you lah..

AR betul, aku sudah mula jatuh cinta dengannya. Jatuh cinta dengan caranya melayanku. Pada ketika itu aku memang jangka pilihan aku tidak salah. Aku akan bersama AR buat selama-lamanya. Aku akan setia di sisinya.

Tapi semuanya hanya mimpi, tidak ada yang kekal. Allah tahu perancangan-Nya. Aku dan AR bercinta, dan kami juga berpisah. Tanpa sebarang sebab yang munasabah. Semuanya berlaku dengan tiba-tiba. Aku cuba melupakan AR, cuba menyembunyikan kesedihan aku di hadapan kawan-kawan. Aku boleh tipu mereka, tapi tidak diri aku sendiri. Aku menangisi perpisahan aku dan AR setiap malam. Aku kuat pada luaran, tapi tidak dalaman.

+ Laila.. I rindu u..
- me too..
+ Laila.. kita declare semula nak?
- Entahlah.. I sedih,,tapi I masih mencari sebab kenapa semua ni berlaku..
+ Laila.. maafkan I.. I yang salah.. I sengaja cari gaduh dengan u.. I ada perempuan lain.. I sunyi..

Aku terkejut dengan pengakuan AR. Tiba-tiba airmataku mengalir.

"are you okay?" Tanya Fitri yang berada di hadapanku.

Fitri, lelaki yang aku kenal sebelum perpisahan aku dengan AR lagi. Dialah tempatku mengadu selama ini. Dia juga sedia maklum mengenai AR. Aku memberikan telefonku kepada Fitri menyuruhnya membaca.

"so, awak nak buat apa?" sekali lagi Fitri bertanya.
"entahlah.. hmm.. Fitri, saya balik dulu.. nanti jumpa lagi.." Aku meninggalkan Fitri sendirian di situ.

Aku memikirkan apa yang berlaku antara aku dan AR. Semuanya sebab seorang perempuan. Mungkin salah aku sebab aku tidak memberikan sepenuh perhatian kepada AR sampaikan dia rasa sunyi. Memang hebat ujian percintaan jarak jauh ni.

+ Laila..jangan diam..
- I tak rasa I boleh terima u semula..
+ kenapa? u tak sayang I ke?
- I tak boleh biar dia rasa apa yang I rasa.. 
+ I'll leave her.. please..
- jangan cakap macam tu.. go on with her.. I'll moving on.. Thanks for everything AR..

Sekali lagi airmataku mengalir kerana AR. Pedih untuk aku terima punca sebenarnya perpisahan kami. Tapi aku tahu, kalau ada jodoh takkan ke mana. Cuma buat masa ini aku belum mahu bermain perasaan. Biarlah AR menjadi lelaki ketiga dan merangkap lelaki pertama aku cintai. Aku belum bersedia untuk mencari penggantinya.

Cinta pertama mungkin tidak berkekalan untuk selamanya,
tapi rasanya mungkin selama-lamanya.



♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: