Thursday, September 18, 2014

Kaku #6

Sekali lagi aku, Lina, AR, Liza, Wan, dan Azuan berkumpul di tempat biasa. Masing-masing akan membawa haluan untuk mengejar cita-cita. Jadi, itulah kali terakhir kami akan berkumpul sebelum berangkat. Sebenarnya itu juga kali pertama aku dan Azuan bertentang mata sejak peristiwa kami break-up tahun lepas. 

"so, Laila.. kau dapat kat mana?" tanya Lina.
"Penang, Uitm Penang.. kau?"
"aku, AR, dan Wan dapat tempat yang sama.. Politeknik KK.."
"Liza?"
"teruskan lower six kut.. "

Suasana sunyi sebentar.

"takde yang nak tanya Azuan dapat mana?" tanya Liza.
"kat mana Azuan?" tanya AR.
"Shah Alam.. Uitm.."
"la.. nampaknya kau ngan Laila sama-sama jadi pelajar uitm nanti kan.. hebatlah.."
"tak hebat mana pun.. uitm ke, poli ke, semua sama je.. kita datang menimba ilmu kan.." jawabku.

Antara kami berenam, cuma Lina sahaja yang tahu mengenai hubungan aku dan AR. Memang sengaja aku tidak memberitahu yang lain, sebabnya aku masih belum bersedia lagi. AR pun bersetuju bila aku menyuarakan untuk merahsiahkan hubungan kami. Lagipun, semuanya masih terlalu awal.

Setelah menghabiskan masa berjam-jam bergurau senda, beramah mesra untuk terakhir kalinya. Kami mengambil keputusan untuk pulang memandangkan hari sudah jauh petang.

"biar ku hantar Laila balik.." suara Azuan.

Semua mata tertumpu ke arahku. Aku pula melihat AR.

"boleh juga tu.. lagipun, rumah Laila kan jauh.. kau je yang ada transport boleh hantar dia.." jawab AR.
"hati-hati tau.. jangan buat bukan-bukan pula.." gurau Liza.

Aku hanya menurut, dan menaiki kereta kancil milik Azuan. Memang selalunya Azuan yang akan menghantar aku pulang memandangkan rumahku yang paling jauh antara kami semua.

"kau masih marah kat aku ke?" tanya Azuan.
"no.. i'm cool.."
"so, kenapa tadi tak cakap dengan aku? pandang muka aku pun taknak.."
"rasa awkward.. kau tak rasa macam tu ke?"
"hmm.. tapi kau seksa aku bila kau diam macam tu.."
"lagipun aku kena jaga hati orang Azuan.. sekarang ni pun aku dah tak senang hati.."
"who?"
"AR.."
"perlu ke?"
"yes! because he's my boyfriend.."
"oh.."

Azuan terus berdiam diri sehingga kereta berhenti di hadapan rumah aku. Mungkin dia terkejut dengan pengakuan aku mengenai hubungan aku dan AR. Entahlah, aku pun tak tahu. Perasaan Azuan ketika itu sukar untuk aku teka. Sebaik sahaja sampai di rumah, aku menaip mesej untuk AR.

+ i'm home..
- Alhamdulillah.. Azuan tak buat benda tak elok kan?
+ tak adalah.. just a little conversation..
- ooo.. so, dah start packing barang?
+ belum lagi.. malam kut.. btw. i've already told Azuan about us..
- baguslah..
+ hmm.. okaylah, nak mandi dulu.. nanti mesej lagi tau..
- okay dear.. love you..

Aku tidak membalas mesej terakhir itu. Memang sudah aku katakan awal-awal lagi pada AR, aku takkan ungkap kata-kata itu selagi aku belum jatuh cinta padanya. Tiba-tiba telefonku berbunyi lagi tanda mesej masuk. AR ni...

+ kenapa buat aku macam ni?

Ini bukan mesej dari AR. Ini dari Azuan.

- maksud kau?
+ keputusan kau bersama AR, menyakitkan hati aku tau tak.
- there's nothing to do with you.. we're already broke up.. over a year ago..
+ but i still want you..
- nonsense.. Azuan, kau dah ada girlfriend.. so, be with her.. love her..

Aku terus mencapai tualaku dan terus masuk ke bilik mandi. Azuan, kalau dilayan boleh sakit jantung aku dibuatnya. Memanglah aku masih tidak merasa cinta itu bersama AR, tapi pendirian aku tetap teguh bersama AR. Aku mencuba untuk setia sepertimana aku masih berusaha untuk mencintainya. AR baik, tak mungkin dia lukakan aku macam mana Azuan buat padaku.

Hari untuk aku mendaftar di Uitm tiba juga. Awal-awal lagi aku dan keluargaku berangkat pergi. Kini, bermulalah kehidupan aku sebagai pelajar universiti.


bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: