Tuesday, September 16, 2014

Kaku #5

"kau kata kau tak sayang dia.. kenapa aku nampak aku monyok je?" tanya Lina.
"aku tak sangka dia akan buat aku macam ni.."
"maksud kau?"
"buat aku percaya yang dia cintakan aku.. dia tu kawan aku kut.. bff lagi.."
"tak tahu nak cakap apa.. tapi yang pasti, aku taknak kau sedih-sedih macam ni.."

aku banyak bercerita dengan Lina mengenai Azuan. Ya, memang aku sedih. Tapi sampai bila aku nak sedih kan? Aku kena move on juga. Memang betul kata Lina, aku tak patut bermuram durja hanya kerana permainan Azuan. Lagipun aku ada misi yang lebih utama tahun ni, SPM.

"Laila, apa rancangan kamu lepas SPM nanti? nak sambung belajar kat mana?" tanya Cikgu Elsie kepadaku di kelas.
"saya rasa nak masuk Masterskill.. dengar kata nurse sangat diperlukan.."

Memang masa tu nama Kolej Masterskill sangat popular dan menjadi bualan setiap orang. Ramai orang belajar di sana termasuklah kakak aku sekali. Sebab masa tu digembar-gemburkan bahawa pekerjaan jururawat sangat diperlukan di dalam negara dan juga di luar negara. Bagi aku pula, aku cuma nak senang dapat kerja pada masa hadapan aku.

"bagus, saya sokong rancangan kamu.." sambung Cikgu Elsie. Aku hanya tersenyum dan sambung buat latihan yang diberikan.


Masa berlalu begitu cepat. SPM juga sudah melabuhkan tirainya. Rasalah merdeka tu macam mana. Bila semua kawan-kawan balik kampung, seperti biasa kami akan buat reunion untuk ahli kami. Reunion kami sangatlah ringkas, hanya membuang masa lepak di jeti yang ada kat pekan tu. Buat kali pertama aku jumpa AR semula. Bila aku ternampak wajah si AR ni, aku akan rasa nak tergelak terbahak-bahak.

Dipendekkan cerita entah macam mana si AR ni pernah terus terang dekat aku yang dia suka kat aku. Aku malaslah nak ambil port, sebab aku tak terfikir pun lagi nak bercinta masa tu. Yalah, masa tu kami baru tingkatan 2. Entah kenapa dalam ramai-ramai perempuan yang cun melecun ada dekat sekolah tu, aku yang hitam legam ni juga dia suka. Tak masuk akal betul.

Malam lepas reunion tu AR mesej aku. 

+ aku nak confess lagi ni.
- confess apa?
+ aku suka kau.. maksud aku, dari dulu lagi aku suka kau..
- so?
+ so, aku nak kau jadi girlfriend akulah.

Aku baca mesej tu dengan mulut aku ternganga luas.

- kau dah gila?
+ aku gilakan kau..
- tapi aku tak suka kat kau.
+ kita boleh cuba, manatau satu hari nanti kau akan sayang aku.
- kalau tak?
+ kalau tak, kita break je lah.
- hmm.. okay then.. now kita officially couple.
+ terima kasih.

Ya, dan untuk sekali lagi aku menerima seseorang tanpa rasa cinta di dalam hati. AR ni lain sikit, dia dah banyak kali confess dan approach aku. Tapi aku tak pernah layan dia sebab dia ni antara lelaki nakal dekat sekolah. Aku kenal sangat dia ni, suka ngorat perempuan sana-sini. Sebab tu aku tak percaya yang dia suka kat aku.

Memang betul kata AR, aku akan jatuh cinta kat dia. Dan ya! AR telah menjadi lelaki ketiga, tetapi dia adalah lelaki pertama yang aku cintai sepenuh hati aku. Memang benar kata orang, cinta tu tak mengenal siapa. Boleh jadi orang yang kita tak terfikir untuk kita cinta akan menjadi cinta kita selamanya.

Buat AR, tahniah! Kau berjaya menjadi lelaki pertama yang aku cintai. Mungkin juga lelaki terakhir. Siapa tahu masa depan kan?


bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: