Monday, September 15, 2014

Kaku #4

kisah aku dengan lelaki pertama tu terkubur macam tu saja. sebab satu hari dia dan seluruh keluarga dia berpindah ke negeri lain. masa aku hantar dia ke airport tu memang macam wayang cerita hindustan ataupun wayang cerita cinta melayu di dalam televisyen. apa tidak, aku menangis membanjiri pemergiannya. ceh! buat malu ja bila ingat semula. 

aku officially break-up dengan dia masa aku tingkatan 5, bermakna tempoh percintaan aku dengan dia ni boleh kira setahun lebih juga. tapi lepas tu, aku tak berani bermain cinta lagi. yalah, pengalaman pertama bercinta ja dah sakit. jadi, aku ambil keputusan untuk fokus kepada SPM yang akan aku tempuhi pada tahun itu. masa tu, telefon bimbit jadi jam loceng aku ja.

masa dekat sekolah lama, aku ada geng-geng yang sangat kamceng. kami ni, ada masa terluang ja akan buat reunion. kami ni terpisah sejak tingkatan 4, masa tu aku dengan tidak rela hatinya dipindahkan sekolah, wan, Lina , dan AR masing-masing ke sekolah teknik, dan yang lain masih kat sekolah lama. walaupun dah berjauhan, bila tahu masing-masing ada kat kampung kami akan buat reunion. tapi yang selalu jumpa, aku, Azuan dan Liza.

entah macam mana satu hari tu, aku rasa Azuan ni tengok aku lain macam je. tapi aku biarkan je, perasaan aku kut. tiba-tiba satu malam ni Azuan mesej aku.

+ i'm officially single
- kenapa? what happened?
+ entah..  tiada sebab..
- so, kau okay atau tak?
+ no, i'm not okay..
- so, kau nak aku buat apa?
+ jadi girlfriend aku

ha? biar betul Azuan ni. baru break dah nak move on dengan aku pula.

- kau tengah sedih ni Azuan.
+ kau je boleh ubat aku.. tolong aku please.. kau kan bff aku..
- ya.. tapi dengan cara ni?
+ yup..please..

dan atas dasar nama kawan, aku pun setuju untuk menjadi pengganti di dalam hidupnya. walaupun aku tahu si Azuan ni langsung tak sayang aku dan aku pun macam tu. kisah cinta kami ni tak adalah hebat sangat. biasalah budak sekolah, dan aku pula masih tak boleh terima Azuan ni as boyfriend aku (mungkin Azuan pun macam tu). macam-macam kami buat nak mewarnai dan menyemarakkan rasa cinta kami sesama sendiri, macam beli keychain sama-sama, pergi perpustakaan sama-sama, sms sampai larut malam. tapi semua tak jadi, sampailah satu hari Azuan berputus asa dan tak kontek aku berminggu-minggu lamanya. 

- Azuan, are you okay?
+ i'm okay and i'm sorry.
- kenapa?
+ aku rasa aku tak boleh go on dengan relationship ni. aku dah declare semula dengan ex aku.

aku rasa aku taklah sayang dia, tapi entah kenapa aku rasa down dan sedih sangat. mungkin sebab bff aku sendiri buat aku macam ni. sejak hari tu, aku dah tak pernah contact Azuan lagi.


bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: