Sunday, September 14, 2014

Kaku #3

semenjak kejadian di mana abang tanya aku pasal kisah hitam tu, aku terus teringat kenangan aku dengan lelaki pertama yang berjaya menjadi teman lelaki aku ni. walaupun, sebenarnya dia tak layak. tak layak maksud aku bukan macam dia ni tak layak buat aku yang serba kekurangan ini. tapi, tak layak sebab aku tak ada perasaan sayang atau cinta mahupun kasih kat dia. kesian dia kan.

tapi sebab keinginan nak bercinta tu ada, dan rasa curios untuk tahu macam mana bercinta tu semakin meninggi, tanpa sebarang pertimbangan aku terus terima dia jadi kekasih aku. masa tu aku baru dapat handphone batu gosok (nokia 3310) dari arwah atuk aku. telefon tu lah yang menghubungkan aku dan dia setiap malam.

dalam tempoh aku bercinta tu, memanglah ada yang try aku. yalah masa tu aku tingkatan 4 kut, memang saham tengah naik. tapi aku tak pernah nak layan, sebab aku sentiasa fikir sebenarnya mereka nak mengorat kakak aku, dan oleh kerana muka aku dengan kakak hampir sama, mungkin mereka tersalah orang. nombor telefon aku memang senang nak dapat memandangkan masa tu aku tengah buat bisnes jual top-up atau lebih tepat lagi bisnes share top-up. untung aku cakap. share RM2, bayar aku RM3.

satu hari, macam biasa, lelaki pertama tu datang kat aku. tapi dia tak duduk dekat, dia tarik kerusi nun jauh di sana. aku dah terhidu sesuatu sejak kehadirannya di sana.

"abang nak tanya ni."
"tanyalah."
"sayang curang dengan mamat ke?"
"taklah.. mana ada.. kenapa cakap macam tu?"
"abang nampak mesej sayang.."

aku sebenarnya dah nak termuntah bila bau tu makin kuat bila dia bercakap. tapi aku tahan. aku tengok muka dia dah berwarna merah. confirm!

aku diam, malas nak cakap. darah dah menyirap. sambung tengok tv.

"abang tak minum."
"jangan tipu!"
"ya, abang minum tapi sikit. dorang paksa abang."

kau ingat aku percaya cakap kau.

tiba-tiba dia datang pegang lengan aku dengan kuatnya.

"kau dengar tak apa aku cakap?! aku tak minumlah."
"eh, apa ni?"

aku dah takut. boleh jadi dia akan pukul aku macam yang pernah dia buat sebelum ni.

"pergi baliklah! abang mabuk ni! dah okay baru datang."

aku cuba bertenang, kalau tak dapat penampar percuma ni.

tangan aku dilepaskan, dan dia keluar dari situ. macam manalah aku boleh terjebak dengan dia ni.


bersambung.

♥♥ Hasil Tarian Jemari Cik Kema ♥♥

No comments: